Sering muncul dalam program terbitan TV3, penyanyi dan pelakon Shiha Zikir menyangkal dakwaan yang mengatakan dia anak ’emas’ syarikat Media Prima Berhad.
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir ‘Diganggu’ Kaum Sejenis, Kena ‘Usha’ Dekat Kedai Makan – ‘Tapi Saya Tak Judge, Kawan Dengan Semua Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shiha Zikir Dah 15 Tahun Bercinta, Cuba Kahwin Tahun Ini Dengan Kekasih – ‘Baju Dah Siap Tiga Tahun’
Bukan anak emas
Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 36, dia amat menghargai setiap peluang yang diberikan oleh stesen tersebut memandangkan dirinya juga merupakan kelahiran program nyanyain Mentor suatu ketika dahulu.
Pernah la dengar orang kata saya anak emas, mungkin mereka (penonton) hanya lihat apa yang dipaparkan tetapi apa yang saya lakukan sendiri untuk menaikkan kerjaya orang tidak lihat.
Namun apa yang saya boleh cakap, saya dilahirkan dari Media Prima menerusi program Mentor. Jadi saya rasa tidak perlu sebut perkataan begitu (anak emas) kerana saya memang dilahirkan dari TV3.
Alhamdulillah, stesen TV3 sentiasa beri peluang kepada saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan. Saya amat hargai perkara itu.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmari, Shah Alam, pada Isnin.
Sementara itu, disoal mengenai tanggapan segelintir selebriti yang menjaga eksklusif dan selektif, pelantun lagu Irama ini menjawab bergantung kepada pandangan masing-masing.
Tentang hal itu masing-masing punya pendirian, saya tidak pernah persoalkan tindakan mereka. Sebab kena faham, sesetengah selebirti mahu menjaga ekslusiviti mereka. Namun untuk saya, kalau sering nampak di kaca TV bermaksud saya gembira dan mahu buat perkara itu.
Ada juga drama yang saya tolak, tidaklah saya sapu semua. Saya menolak kerana merasakan watak itu kurang sesuai dengan kemampuan. Kalau mana nampak saya terima job itu bermaksud saya seronok.
Kalau saya tidak muncul, nanti ada pula kata tiada job. Kalau selalu keluar pun ada yang bercakap. Susah nak puaskan hati semua orang.
Dalam perkembangan terkini, Shiha bakal menjayakan sebuah sitkom komedi berjudul Jabatan Call Centre (JCC) yang akan disiarkan di TV3.
Selain Shiha, sitkom tersebut turut menampilkan Rita Rudaini, Aya Amiruddin, Andi Bernadee dan Izzue Islam.