Penyanyi Shila Amzah memberitahu dirinya mengalami gangguan psikologi iaitu meroyan ringan atau dikenali sebagai baby blues selepas bersalin anak kedua, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Terpaksa Bersalin Secara ‘Czer,’ Tali Pusat Baby Terbelit Di Bahagian Muka – ‘Apa Saja Yang Terbaik’
Artikel berkaitan: Shila Amzah Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘Assalamualaikum Puteriku, Rhea Akira’
Kena ‘baby blues’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Shila menjawab pertanyaan pengikut yang bertanyakan cara dia mengawal stres melayan ragam bayi ketika sedang berpantang.
Menurutnya, dia mengatasi gangguan tersebut dengan hanya menangis kerana akui terlalu penat.
Saya baru lepas kena ‘baby blues’ beberapa hari lalu, saya nangis bila perlu menangis. Lepas saya tidurkan Rhea, saya akan beritahu suami dan menangis.
Kami berdua terlalu penat. Tapi kesembuhan seorang ibu ini adalah sesuatu benda yang tak semua akan faham.
Dalam pada itu, pelantun lagu Memori Tercipta ini memberitahu para ibu juga memerlukan perhatian dan dijaga dengan baik.
Biasanya orang selalu anggap ibu kena jaga bayi dengan baik, tapi lupa yang para ibu juga perlu dijaga.
Mentally, physically drained. Saya ada upah ‘confinement lady’ yang datang ke rumah setiap hari tapi saya tetap kena baby blues.
Ia bukan sesuatu yang mudah tapi kita kena ingat semua ini pasti akan berlalu.
Fasa bayi baru lahir hanya lapan minggu, tak kisah berapa kali awak nak undurkan masa, masa akan terus berlalu dan momen atau memori yang kita ada ni takkan berulang sampai bila-bila.
Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.