Penyanyi, Shila Amzah berkongsi rasa teruja selepas menjadi juara mingguan pada minggu kedua pertandingan nyanyian di China iaitu ‘Singing With Legends’ musim keenam.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kembali Gegar China, Sertai Pertandingan ‘Singing With Legends’ – ‘Doa Semoga Dilancarkan Perjalanan’
Ke peringkat akhir
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini dinobatkan sebagai juara mingguan selepas membawakan lagu dua lagu iaitu ‘Bring Me To Life’ dan lagu mandarin bertajuk ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama penyanyi lagenda Taiwan, Julia Peng jia Hui.
Lebih membanggakan, kemenangan Shila pada minggu kedua itu turut melayakkan dirinya terus ke peringkat akhir pertandingan nyanyian tersebut.
Lupa cakap, saya juara minggu ini dan melayakkan saya terus ke peringkat akhir.
Sha nyanyi dua lagu iaitu ‘Bring Me To Life’ bersama Wang He Ye dan lagu ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama penyanyi lagenda Taiwan, Julia Peng jia Hui.
Korang suka yang mana? Sha suka dua-dua (persembahan) sebab seronok sangat dapat menyanyikan dua genre yang berbeza kali ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah berbangga dengan pencapaian ibu kepada dua orang anak itu.
Sekadar info, penyertaan Shila di pertandingan ‘Singing With Legends’ musim keenam ini merupakan kali ketiga pelantun lagu ‘Patah Seribu’ menyertai pertandingan nyanyian di China.
Antara pencapaian tertinggi Shila ialah beliau berjaya dinobatkan sebagai juara bagi program ‘Asian Wave’ pada 2012 sebelum menyertai program ‘I Am A Singer’ pada tahun 2014.
Komen netizen
Sumber: Instagram Shila Amzah