Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah ada menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui bagaimana cara dia menyakinkan ibunya, Datin Fauziah Sarman sehingga boleh menerima tunangnya iaitu Ubai MZ yang usianya jauh lebih muda daripadanya.
Artikel Berkaitan: ND Lala Hadir Ke Majlis Pertunangan Shila Amzah, Tersenyum Bergambar Satu Keluarga
Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan
Tips pikat hati
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah berkata, sebagai seorang lelaki, perlu memainkan peranan yang penting selain bijak memikat hati bakal mentua.
Pujuk la perlahan-lahan, teman lelaki awak pun kena pandai main peranan ‘mengorat’ mummy awak. Saya rasa kena beri jaminan kepada dia yang usia tidak penting dan kalau awak seorang yang pujuk memang penat.
Shila menerima pertanyaan tersebut menerusi sesi soal jawab (Q & A) yang dilakukannya di Instagram Stories (IG Story) baru-baru ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian yang sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut mendedahkan bahawa ramai teman lelakinya sebelum ini telah ditolak oleh ibunya.
Bagaimanapun, kata Shila, ibunya kini semakin terbuka kerana percaya pada akhirnya kebahagiaan yang dipilih di atas pilihannya sendiri.
Ramai saja bekas kekasih saya yang kena reject dengan mak saya sebelum ini. Sekarang saja okay sebab ramai je my ex boyfriend yang kena reject dengan mak saya sebelum ni.
Sekarang saja okay sebab di penghujung hari, kita boleh memilih kebahagiaan kita sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan kita sendiri.
Terdahulu, Shila dan Ubai selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 26 Mei lalu.
Pasangan itu difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram