
Gara-gara minat, penyanyi, Shila Amzah sanggup mengosongkan jadualnya selama 10 hari semata-mata mahu terbang ke London untuk menyaksikan sendiri konsert penyanyi antarabangsa, Ariana Grande itu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bakal Tanda Tangan Kontrak Di Sana’ – Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Depan
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Tampil Dengan Demo Lagu ‘Coretan Anak’, Lirik Undang Rasa Sebak – ‘Ayah, Tahukah Rasanya Diabaikan?’
Pergi konsert Ariana
View on Threads
Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, dia seakan-akan tidak percaya apabila dapat menyaksikan dan mendengar penyanyi kegemarannya itu menyanyi secara ‘live’.
Kata Shila, dia telah menunggu momen yang dianggap bermakna itu selama sedekad.
Saya datang ke London untuk konsert Ariana Grande. Saya sengaja kosongkan 10 hari dalam kalendar untuk dia.
Tak percaya akhirnya dapat tengok Ariana sebentar lagi. Dah lebih 10 tahun saya tunggu untuk momen ini.
Malah, keterujaan Shila jelas terserlah apabila dia turut membuat persiapan sendiri sebelum menghadiri konsert berkenaan termasuk menata solekan tanpa mendapatkan khidmat jurusolek.
Dalam pada itu, Shila turut menitipkan ucapan penghargaan kepada suaminya, Ubai MZ yang membantu merealisasikan impiannya tersebut.
Rasa sangat seronok, hari ini saya buat solekan sendiri.
Terima kasih sayang sebab buat semua ini jadi kenyataan. Saya sayang awak.
Sumber: Threads







