Penyanyi popular, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, hari ini.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Ubai Sindir Bekas Suami Shila Amzah Culas Bayar Nafkah? Tuan Badan Jawab – ‘Saya Tidak Mengiyakan Atau Menidakkan’
Artikel Berkaitan: Ubai Bengang Individu Tak Beri Nafkah Anak, Dedah Bekas Isteri Tanggung ‘Biawak Hidup’ – ‘Dari Kahwin Sampai Cerai Satu Haram Tak Bagi’
‘Rhea Akira’
Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
9 Mei 2024. Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan.
Dalam hantaran sama, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan.
Pasangan itu turut memberikan nama Rhea Akira kepada puteri mereka.
Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga. Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan.
Mesti arwah mak happy takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira.
Sekadar info, Ubai mendirikan rumah tangga bersama Shila pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais