Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara bintang yang akan berentap dalam program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan.
Namun, penyertaan nama-nama tersebut menjadi topik hangat di media sosial sejak diumumkan, semalam.
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor, Shila Azmah & Tomok Antara 13 Bintang Yang Bakal Berentap Di GV9
Artikel Berkaitan: Netizen Pelik Kenapa Ramai Artis Popular Masuk GV9, Ada Yang Baru Je Keluarkan Lagu
Kena ada perubahan
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad menjawab penglibatan penyanyi popular.
Kata Raqim, GV sudah memasuki tahun kesembilan jadi sudah sampai waktunya untuk melakukan perubahan daripada konsep asal.
Kita dah masuk tahun kesembilan jadi kena ada perubahan sedikit mengikut peredaran.
Kita tak boleh terlalu statik dengan format GV, kena ada perkara baharu supaya kekal relevan. Justeru banyak penambahbaikkan yang dilakukan.
Raqim berkata demikian ketika sidang media Gegar Vaganza 9 yang diadakan di Menara KL, pada Selasa.
Bawa bintang baru
Dalam pada itu, Raqim menyatakan dia dan team produksi juga mengambil maklum balas penonton selepas Allahyarham Adibah Noor terlibat dalam GV8 di mana ketika itu dia masih ‘laku’.
Selepas membuat postmortum pada tahun lepas (GV8), kami memperkenalkan Allahyarham Adibah yang semestinya waktu itu masih aktif dalam industri seni.
Kemunculan arwah dalam GV mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penonton. Sebab itu, tahun ini kami membawa masuk bintang yang masih relevan.
16 penyanyi yang bakal mempertaruhkan nasib kali ini terdiri dari enam penyanyi solo lelaki dan wanita serta sebuah kumpulan sebagai saingan.
Enam bintang solo lelaki membariskan Tomok, Bob Yusof, Roy Capella, Asheed Def Geb C dan dua peserta dari Singapura, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.
Penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran bagi musim ini pula Jaclyn Victor, Dina Nazir, Shila Amzah, Pat Candy, Haida dan Tom Fara.
Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh grup VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan juga Hakim.
Konsert GV9 akan mula bersiaran secara langsung bermula 18 September ini selama 10 minggu dari MBSA dan juara akan pulang trofi beserta wang tunai bernilai RM100,000.
Foto: Azrul Rafie