Penyanyi Shila Amzah membuat keputusan kemungkinan untuk tidak hamil lagi kerana mahu memberikan sepenuh fokus untuk membesarkan dua anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selang 10 Hingga 15 Minit Dia Akan Chat, Ini Dah Teruk’ – Ubai MZ
Artikel Berkaitan: ‘Ubai Tiada Pilihan Nak Takut Hospital, Saya Paling Utamakan Bab Kesihatan’ – Shila Amzah
‘Agak berisiko untuk saya hamil lagi’
Perkara itu didedahkan Shila atau nama lengkapnya Nurshahila binti Amir Amzah susulan menjawab persoalan wargamaya yang bertanya mengapa dia berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Selain itu, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu, berkata agak berisiko sekiranya dia hamil lagi memandangkan telah menjalani dua kali pembedahan sewaktu melahirkan Seth dan Rhea.
Kita nak anak-anak kita dapat 100% perhatian semampu kita. Lagipun saya dah dua kali caesar, jadi untuk hamil lagi kena tunggu 3 tahun. Masa tu juga usia saya dah mencecah 37, jadi ia agak berisiko untuk saya hamil lagi.
Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu lagi, kelahiran kedua-dua cahaya matanya itu juga melalui pembedahan kecemasan.
Sebelum ni, kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kecemasasan. Jadi cukuplah, dah sepasang.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais, 5 tahun.
Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sumber: Instagram Shila Amzah