berita

Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Anak Jadi Isu, Shima Anuar Nak Didik Kuasai Pelbagai Bahasa

June 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan pelakon Shima Anuar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan anak perempuannya, Marian Sophia di media sosial mengundang pertikaian segelintir netizen.

Artikel Berkaitan: Dituduh Malu Nak Kongsi Foto Suami, Shima Anuar Bahagia Dengan Lelaki Berusia – ‘Tak Perlu Selalu Sangat Tunjuk Satu Dunia’

Kenapa suka cakap bahasa Inggeris?

Menerusi Instagram Stories, Shima memaparkan tatapan skrin (screenshot) daripada seorang pengguna yang mempersoalkan kenapa Shima memilih bahasa Inggeris berbanding Melayu sebagai bahasa utama.

Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih (Inggeris) dengan anak-anak dorang? Kenapa tak cakap bahasa Melayu?

Tak tumpu satu bahasa

Menjawab pertanyaan netizen itu, pelakon berumur 31 tahun menyatakan dia ingin anak-anaknya petah bertutur lebih daripada satu bahasa.

Katanya, biarpun Sophia bercakap menggunakan bahasa Inggeris namun dia masih fasih bercakap dan memahami bahasa Melayu.

Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap dalam bahasa Cina dan Tamil, saya juga akan ajar dorang bahasa itu.

Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan hanya bahasa Inggeris semata-mata. Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu saja?

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Sumber: Instagram @shimaanuar

SKIP THIS AD ×