berita

Shopee Nafi Jual Vaksin Covid-19 Secara Online

March 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral satu foto vaksin yang didakwa dijual di satu platform beli belah atas talian terkenal iaitu Shopee. Pengguna media sosial bagaimanapun mempersoal kesahihan penjualan vaksin tersebut secara atas talian. Paling tak masuk akal 17 vaksin sudah terjual.

Walau bagaimanapun, pihak Shopee menyangkal dakwaan tersebut dan memaklumkan foto tangkapan skrin dari platform milik mereka itu palsu.

Macam-macam ada di Shopee

Menerusi laporan Kosmo! pihak Shopee menafikan  penjualan vaksin Covid-19, Pfizer ini. Malah, pihak mereka tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.

Bagaimanapun, penulis tweet terbabit, sejak itu mengesahkan bahawa gambar itu dibuat doktor dan memang palsu. Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh.

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menyedari berita palsu ini.

Penyebaran palsu vaksin akan dipantau

Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC.

Dalam pada itu, KKM turut mengesahkan iklan jualan dalam talian membabitkan vaksin Covid-19 Pfizer adalah palsu dan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut menegaskan pihaknya akan siasat berhubung iklan yang viral di media sosial kononnya penjualan vaksin Covid-19 Pfizer berharga RM63.88.

Sumber : Kosmo!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×