berita

Shuhada Mohon Tambah Ibunya Dalam Hak Jagaan Anak, Hafidz Roshdi Mahu Teliti Semula

October 31st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Proses tuntutan hadanah yang melibatkan hak penjagaan anak-anak pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri masih belum selesai dan perlu ditangguh pada 23 Januari 2024.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Anak-Anak’- Shuhada Tampil Dengan Wajah Ceria, Sandang Beg Berjenama Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: ‘Allah Yang Satu’ – Hafidz Roshdi Kunci Mulut, Proses Hadanah Makin Panjang Sebab Tiada Persetujuan

Artikel Berkaitan: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Ubah Fikiran, Anggap Tiada Pendirian – ‘Saya Terus Jadi Perempuan Keji’

Hafidz mahu teliti terlebih dahulu

Ketika ditemui OhBulan!, peguam kepada Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, keputusan itu dibuat selepas Shuhada memohon untuk meletakkan ibunya sebagai pihak tambahan dalam tuntutan hak penjagaan anak.

‘Pihak defendan (Shuhada) memohon untuk memasukkan ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai pihak tambahan di dalam tuntutan hak penjagaan anak ini.

Permohonan itu baru sahaja diserahkan kepada pihak kami dan plaintif (Hafidz) akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat affidavit jawapan bagi permohonan tersebut.

Sebutan semula akan ditetapkan pada 23 Januari 2024.’

Puteri Ummi memaklumkan perkara tersebut ketika sebutan kes hadanah membabitkan Hafidz dan Shuhada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Dalam pada itu, Puteri Ummi memaklumkan bahawa pihak plaintif terbuka untuk melakukan perbincangan dengan pihak defendan membabitkan isu hak penjagaan anak.

‘Bagi kes induk iaitu hak penjagaan penuh kami bersedia untuk joint custody di mana kita sama sekali tidak menafikan hak Shuhada sebagai seorang ibu dan hak Hafidz sebagai bapa untuk berjumpa anak-anak.

Pihak kami juga memohon hak jagaan interim bagi memudahkan urusan sebabnya nanti anak-anak perlu travel berjumpa dengan Hafidz.

Walau bagaimanapun kami bersedia untuk terima sebarang tawaran untuk selesai isu ini dengan cara baik’

Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.

Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

SKIP THIS AD ×