Pelawak terkenal, Shuib meluahkan rasa syukur kerana isterinya Watie Hanifiah sering menemaninya dalam susah dan senang.
Artikel Berkaitan: Watie ‘Back Up’ Shuib Difitnah Tunai Umrah Guna Duit Perkeso – ‘Dia Bertahun Tak Ambil Gaji’
Artikel Berkaitan: Kena Denda RM17,500 Sebab Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja, Shuib Sedia Hadapi Ujian Dalam Perniagaan
Ujian kehidupan
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi foto dirinya bersama Watie dipercayai ketika berada di perkarangan mahkamah.
Alhamdulillah ada peneman hari ini.
Semoga Allah permudahkan urusan, tetapi sudah pastinya ia adalah satu pelajaran dan juga satu ujian dalam kehidupan.
Ditemani Watie
Dalam masa yang sama, pelawak berusia 40 tahun itu berkata, Watie berpuasa sunat pada hari ini dengan niat agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.
Hari ini mummy (Watie) puasa sunat katanya. Bila ditanya mengapa puasa sunat, diet ke?
Dia jawab, ‘ taklah, puasa sunat nak minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini.’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan agar segala urusan Shuib berjalan dengan mudah dan lancar.
Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil tersebut didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Shuib serta pengarah bersama Bubblebee Sdn Bhd, Koh Choon Guan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan berasingan dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Sumber: IG Shuib