Susulan menjemput seorang bekas banduan sebagai tetamu podcast, pelawak dan usahawan Shuib menerima kritikan melampau daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mamat Meremang Bulu Roma Terima Tawaran Sertai Dol’s Podcast – ‘Kau Bagi Nyawa Shuib, Selepas Aku Hilang Berbelas Tahun’
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
Shuib hilang sabar
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram sebentar tadi, Shuib berkongsi kecaman yang ditulis oleh individu tersebut.
‘Shuib kot. Bini meninggal pun dia tunggang apatah lagi bekas banduan kerat 8.’
Tidak berdiam diri, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad dilihat berang dengan dakwan individu tersebut berikutan mengaitkan nama arwah isterinya iaitu Allaharyamah Siti Sarah dengan episod podcast tersebut.
Shuib kemudian menyoal tindakan individu terbabit dan bertindak mendedahkan akaun Instagram miliknya.
Pagi-pagi ni mata jadi cerah bila nampak posting macam ini.
Jom kita bincangkan sama-sama, apa maksud awak? Kalau saya posting tentang arwah isteri saya itu dikira ‘menunggang’ arwah isteri saya ya..bagi awak?
Maaf nak tanya awak, saya memang tak boleh nak bercakap tentang arwah isteri saya ke?
Bila saya bercakap pasal isteri saya itu dikira ‘menunggang’ isteri saya? Jawab soalan saya!
Permohonan maaf
Tinjauan OhBulan!, di ruangan komen mendapati, individu tersebut kemudian mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kepada pelawak berusia 40 tahun itu.
Maaf abang saya salah.
Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang mencadangkan kepada Shuib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut kerana kenyataannya yang disifatkan biadab.
Hantar LOD (letter of demand) je Shuib, aku nak tengok muka dia minta maaf secara langsung..sama tak bahasa dia nanti.
Memang lapar saman dia ni, melampau sangat cakap pasal orang yang sudah tiada. Kurang ajar!
Saman je dia. Mulut puaka betul macam confirm masuk syurga.
Terdahulu, tindakan Shuib bersama rakan-rakannya iaitu Mamat dan Fizie sekali lagi mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan warganet.
Ia kerana mereka menjemput seorang bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan iaitu Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat.
Sumber: IG Shuib