Pemilik nama Shahmira Muhamad yang dikenali sebagai Shuib berkongsi tentang tips kebahagian rumah tangga yang dilihat melalui keluarga Allahyarham, Siti Sarah Raisuddin sebagai teladan dalam menyemai sifat yang menuju ke arah keluarga bahagia.
Artikel Berkaitan: Bagi Ucapan Sempena ‘Birthday’ Siti Sarah, Shuib Doa Moga Dapat Jumpa Semula – ‘Nak You Jadi Bidadari I’
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Bercinta Dengan Watie, Shuib Kongsi Video Ziarah Pusara Siti Sarah – ‘Hanya Ada Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Reaksi Shuib -‘Berat Nafas Yang Dihembus Tu’
Sifat kasih sayang
Menurut penyampai radio terkenal tersebut, dia menyatakan bahawa dirinya melihat keluarga arwah Siti Sarah sebagai satu keluarga yang bahagia. Hal itu membuatkan dirinya mempelajari erti kasih sayang dalam rumah tangga.
Kasih sayang amatlah penting dalam mendidik anak anak. Saya percaya keluarga bahagia, keluarga yang penuh kasih sayang, anak-anak penuh kasih sayang, InsyaAllah mereka akan jadi anak yang baik.
Sarah selalu cakap begitu. Saya nampak benda ini pada keluarga Sarah.
Tambah Shuib, dia tidak pernah melihat keluarga Allahyarham bertengkar walaupun lebih 11 tahun mengenali keluarga itu. Perkara tersebut membuatkan dirinya percaya bahawa sifat kasih sayang dapat menjadikan anak-anak sebagai insan yang baik.
Shuib sempat memuji keluarga Allahyarham kerana baginya kesemua anak Raissuddin hebat dan mentaati antara satu sama lain.
Susulan daripada itu, pelawak terkenal ini merasakan segelintir keluarga yang mempunyai masalah adalah datang dari keluarga yang berpecah-belah. Ianya berkemungkinan kerana tidak mendapat kebahagian daripada ibu bapa, namun, mereka mencari kebahagian dengan cara yang lain.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Sumber: Gempak