berita

Shuib Kongsi Video Siti Sarah Nyanyi Lagu Tanpa Kekasihku, Ada ‘Sesuatu’ Cuba Disampaikan – ‘Kematian Tak Mengakhiri Cinta’

August 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Lima hari selepas pemergian bidadari syurganya, pelawak dan usahawan Shuib, 36, berkongsi sebuah rakaman video nyanyian  penyanyi Siti Sarah di laman Youtube miliknya.

Artikel Berkaitan: WHI Tayang Segmen Khas Untuk Siti Sarah, Fahrin Ahmad Nangis Masa Mengacara – ‘Berdamailah Dengan Takdir’

Artikel Berkaitan: Shuib Termenung Fikir Pasal Susu Anak, Syatilla Melvin Ada Tawar Diri – ‘Saya Nak Kena Tanya Ustaz Dahulu’

Lagu terakhir

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata itu adalah nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu.

Dalam video yang berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarham Siti Sarah mengenakan telekung berwarna putih ketika mendendangkan lagu Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Assalammualaikum semua. Sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ini hilang dari simpanan saya. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai 2021. Arwah yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan ‘satu perasaan yang sangat-sangat lain’.

Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa. Bila di amati bait lirik, ternyata ada ‘sesuatu’ arwah cuba sampaikan.

Insya-Allah arwah kini tenang di syurga. Teruskanlah mendoakan arwah, jika rindu, sedekahkan Al-Fatihah ya. Semoga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

‘Kematian tak mengakhiri cinta’

Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi itu menerima pelbagai komen daripada peminat yang tersentuh dengan nyanyian arwah serta merindukan kehadiran pelantun lagu Kesetiaan.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dan hampir 2,000 komen.

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Youtube Shuib Channel

SKIP THIS AD ×