Pelawak sensasi, Shuib berkongsi momen dirinya bersama isteri, Watie Hanifiah dan ketiga orang anak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Di Mahkamah, Pantang Orang Kaitkan Arwah’ – Shuib Tolak Permohonan Maaf Wanita Fitnah Suka ‘Tunggang’ Kisah Siti Sarah
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
Shuib tunai Umrah
Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib atau nama sebenarnya Shahnira Muhammad memaklumkan dirinya bakal berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Shuib juga meminta orang ramai untuk memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Salam semua, saya mohon maaf kepada semua jika ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita.
Mohon doa orang ramai
Menerusi hantaran yang sama, bapa kepada empat orang anak turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusannya mengerjakan umrah dipermudah.
Doakan perjalanan umrah kami sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur.
Semoga kalian juga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Terdahulu, Shuib menerima kecaman teruk daripada wargamya yang mempertikai tindakannya menjemput Abah Hayat atau sebenarnya Khairul Anuar Zakaria sebagai tetamu jemputan.
Menurut segelintir netizen, Shuib disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti pihak yang terlibat selepas menjemput individu tersebut.
Sumber: Instagram Shuib