Pelawak Shuib memberitahu dia merancang untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada pertengahan tahun ini.
Artikel Berkaitan: Shuib Komen Gambar Watie Siap Bagi Emoji Hati, ‘Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like’
Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Mudah Perjalanan Setahun Bertudung, Shuib Doa Watie Hanifiah Kekal Istiqamah
Niat dah ada
Memetik laporan Media Hiburan, Shuib berkata dia akan berkongsi kepada umum selepas perbincangan selesai dilakukan.
Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci saya akan kongsikan nanti.
Tambah penyampai radio berumur 38 tahun, dia bersyukur kerana ibunya, Salamiah Jalani boleh menerima kehadiran Watie dengan baik. Malah, anak bongsunya, Ayash Affan juga selesa dijaga oleh Watie.
Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie. Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama sedang mengerjakan umrah.
Kesian netizen suka ‘kacau’
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menyatakan dia akan membimbing bakal isterinya yang sering menjadi perhatian netizen.
Selalu saya beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti.
Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak.
Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Siti Sarah pada 2011. Hasil perkongsian, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Namun, arwah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Media Hiburan