Pelawak, Shuib tidak dapat menyembunyikan rasa tersinggung hati apabila netizen menuduh dia ‘menjual’ anaknya, Talita dengan memasuki dunia seni hiburan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Terharu Terima Bayaran ‘Show’ & Review Produk, Netizen Pesan Jangan Lupa Bersedekah – ‘Kongsi Rezeki Dengan Keluarga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
Terasa hati
Pemilik nama Mohd Noor Murad itu berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya, namun bukan kepada Talita.
Jelasnya, anaknya baru sahaja menceburi dunia seni dan masih belajar tentang selok-belok industri ini.
Tak kisahlah kau fake account atau tidak, tapi bila kau komen macam ini, aku sebagai bapa memang akan terasa.
Kalau nak cakap pasal aku, in shaa Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang kecam.
Tapi janganlah sentuh anak aku, dia muda dan baru (di industri) lagi.
Pelawak berusia 41 tahun itu berkata keputusan Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra untuk memasuki industri seni adalah untuk membantu dirinya.
Kata Shuib, tidak salah untuk orang ramai memberikan sokongan terhadap anaknya.
Kalau betul kau nak menegur, cakap dengan aku depan-depan, berani?
Netizen kecam
@shuibsepahtu Alhamdulillah rezeki Thalita. Terima kasih yang mendoakan Thalita.Jumpa esok Jumaat pkl 8.30 malam di Live Tik Tok sy ok. Kita support Thalita dan Founder Vita Scrub @ayunieso24 .Korang tekan beg kuning laju2 ok ? #Thalita #VitaScrub
Sebelum ini, Shuib berkongsi satu video memaparkan Talita bertemu dengan salah seorang client yang mengambilnya sebagai talent untuk produk kecantikan.
Netizen tersebut bertindak untuk meninggalkan kecaman kerana merasakan Talita masih kecil dan tidak sesuai untuk dunia seni.
Sumber: TikTok Shuib