
Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar bertindak untuk mencari dokumen diagnosis jantung milik isteri, Fara Salleh selepas didakwa berada di dalam simpanannya.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Nak Aku M*ti Ke?’ – Fara Salleh Desak Shuk Serah Dokumen Jantung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kata Ini Kifarah, Saya Terima Dengan Hati Terbuka’ – Fara Salleh
Cari dokumen

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar meminta bantuan daripada seorang wanita yang dipercayai pembantu rumahnya untuk mencari dokumen tersebut.
Saya tak pernah post apa-apa, cuma saya nak tanya awak, sudahkah awak mencari di seluruh rumah ini dokumen jantung tersebut? Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung.
Nanti awak tolong cari dekat dalam rumah dan dalam kereta, kalau ada awak bagi dokumen itu ya.
Bagaimanapun, menurut pembantu rumah tersebut dokumen berkenaan tidak ditemuinya di dalam rumah itu.
Tak ada, saya hanya jumpa dokumen baby. Tapi kalau saya jumpa nanti saya akan pos.
Kemas sendiri

Dalam masa yang sama, pelawak berusia 39 itu turut meminta pembantu rumahnya untuk memberi penjelasan tentang barang-barang milik Fara.
Cuma saya nak clear, semasa keluar dari rumah memang semua dikemas sendiri atau saya yang tolong pack? Awak dan dia (Fara) yang pack bukan?
Awak dan dia yang packing, awak dah cari semua barang dalam rumah ini bukan? Tak ada satu apa pun yang tertinggal lagi?
Menurut pembantu rumah itu, dia pernah membantu Fara mengemas barang-barangnya sebelum meninggalkan kediaman berkenaan.
Dia packing sendiri dan ada yang saya tolong. Tak ada (yang tertinggal), cuma baju dobi sahaja.
Terdahulu, Fara mendakwa dia masih belum menerima dokumen penting berkaitan diagnosis jantung yang didakwa berada dalam simpanan Shuk. Difahamkan dokumen itu diperlukan bagi proses kelahiran anak mereka nanti.
Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: IG Shuk Sahar






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

