Video pendek dikongsi isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iatu Rossa Sera mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet. Menerusi video tersebut, memaparkan Rossa yang baru sahaja sahaja keluar dari sebuah bangunan yang dipercayai mahkamah syariah.
Artikel Berkaitan: Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Netizen Tanya Siapa Driver Isteri Shuk Sahar? – ‘Sera Berhak Bahagia’
Artikel Berkaitan: ‘Masih Ada Peluang Ke Untuk Kita Bersatu Balik?’ – Shuk Masih Cuba ‘Pujuk’ Isteri?
Artikel Berkaitan: ‘Dorang Bercuti, Check In….Aku Sabar’ – Rossa Sera
Rossa kelihatan anggun mengenakan jubah berwarna hitam menuju ke sebuah kereta sambil tangannya memegang sekeping fail.
Respon suami
Perkongsian video tersebut secara tidak langsung meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang menitipkan kata-kata semangat kepada Rossa Sera. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah sama sekali tidak menjelaskan atas urusan apa dia ke bangunan berkenaan.
Shuk Sahar menerusi laporan Kosmo, menafikan dakwaan yang menyatakan isterinya pergi ke mahkamah.
Tidak adalah.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Sumber: Kosmo