berita

Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Beri Bayangan Jodoh Dengan Isteri Tidak Berpanjangan

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian video pelawak Shuk Sahar berada di sebuah mahkamah dengan memakai baju kemeja hitam di TikTok mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Nafi Sudah Kahwin Dengan Fara Salleh

Pergi mahkamah

@shuksahar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya ? original sound – shuksahar

Dalam rakaman itu, Shuk seakan seperti memberi bayangan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bakal menemui titik noktah.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak menjelaskan tujuannya ke mahkamah namun meletakkan tanda pagar (hashtag) melibatkan soal jodoh.

Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya.

Wargamaya bagi nasihat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pengacara berumur 36 tahun ini mengambil pengajaran atas kesilapan yang berlaku.

Kifarah is real. Semoga ada sifat keinsafan dan penyesalan buat Syuk. Kekal kuat Sera.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Moga jadi pengajaran hari depan dan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk selepas ini.

Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.

Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.

Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan.

Selain itu, ada juga segelintir peminat berasa sedih mengenangkan nasib kedua puteri Shuk dan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera yang masih kecil.

Pada Selasa lalu, Sera mendedahkan dia sudah meletakkan titik noktah terhadap hubungan mereka ketika hadir di program MeleTOP. Katanya, itu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Sumber: TikTok @shuksahar

SKIP THIS AD ×