Pusingan pertama Toyota GAZOO Racing Season 5 (TGR S5) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 20 Mac yang lalu. Seperti musim-musim terdahulu, TGR S5 menampilkan barisan selebriti tanah air seperti Janna Nick, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Khai Bahar dan ramai lagi!
Of course, kita ada Zizan Razak dan legend dalam Toyota GAZOO Racing, Shukri Yahaya. Dengarnya, perlumbaan mereka sengit betul dan mereka menerima kutipan mata yang sama pada pusingan kali ini.
Kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik tentang TGR S5 ni, jom kami kongsikan!
Shukri dan Zizan bergilir jadi juara!
Walaupun baru dua musim menyertai TGR, tetapi Zizan berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila dia berjaya menduduki tempat teratas dan menewaskan Shuk pada perlumbaan pertama dengan beza hanya 15 saat!
Pada perlumbaan kedua pula, Zizan kecundang dan hanya berpuas hati ditempat kedua setelah dilanggar peserta lain yang menyebabkan Zizan tercicir dan berada di tempat terakhir.
Shukri Yahaya pula kekal memberikan persaingan sengit setelah dinobat sebagai juara kategori Promotional pada musim yang lepas. Kedua-dua perlumbaan ini mencatatkan keputusan seri bagi Shuk dan Zizan.
Kalau korang nak tahu siapa yang bakal jadi juara kali ini, jangan lupa untuk saksikan perlumbaan mereka yang berbaki lagi 2 pusingan pada Jun dan September nanti!
Musim Ke-5 dengan lebih ramai peserta
TGR musim ke-5 ini membuka penyertaan bukan sahaja kepada golongan professional, tetapi juga kepada orang biasa yang ingin cuba merasai pengalaman berlumba di litar sebenar.
Menariknya pada musim kali ini, TGR telah menerima penyertaan daripada sepasang suami isteri yang bergilir-gilir berlumba di litar dan ada juga penyertaan daripada pasangan ayah dan anak yang berlumba untuk pertama kali!
Musim ke-5 juga membuka penyertaan kepada orang ramai melalui GAZOO Racing Dream Team TGR Fantasy dimana korang boleh memilih Dream Team korang sendiri.
Artikel berkaitan: Toyota GAZOO Racing Kembali 19 & 20 Mac Ini, Tawar Wang Tunai RM5000* Buat Penonton!
5 peserta muda juga telah menyertai TGR musim ke-5 ini dibawah GAZOO Racing Young Driver Development Programme. Masing-masing berumur 16 hingga 20 tahun dan akan bertanding di dalam kategori Rookie Class.
TGR telah mengumpulkan peserta dari seluruh negara melalui Festival dan Siri Perlumbaan Vios Challenge yang telah diadakan di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Selain itu, korang juga boleh strim perlumbaan-perlumbaan ini di laman web rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/