Pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’, Shukri Yahaya selamat menimang cahaya mata kedua hari ini. Berita gembira itu dikongsi kepada peminatnya menerusi laman Instagram miliknya. Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas doa-doa yang diberikan ke atas bayi dan isterinya.
Anak kedua
Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena . Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin.
Pelakon itu turut kongsi detik menunggu kelahiran cahaya mata baru di ruangan Instagram Stories nya. Tya Adna, isteri kepada pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 2 petang tadi.
Debaran menanti kelahiran
Selamat dapat baby boy!
Sumber : Shukri Yahaya