berita

‘Si Anak Bagi Syarat Kena Pasang Aircond Baru Diorang Bermalam Dekat Rumah’

November 29th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak adalah sesuatu yang tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit. Masa, tenaga dan keringat yang dicurahkan mereka sewaktu kecil sepatutnya dibalas setimpal apabila anak-anak berjaya kelak.

Namun lain pula jadinya apabila seorang anak meletakkan syarat rumah dipasang penghawa dingin jika mahu mereka bermalam di kampung. Dengan berat hati, si bapa mengikut kehendak anak walaupun tidak cukup duit. Sebak!

Bagi syarat pasang aircond

Kisah petang tadi

Dapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent. Katanya.. anak, menantu dan cucu nya nak balik sempena cuti sekolah.

Tapi si anak bagi syarat kena pasang aircond dalam bilik dahulu baru diorang bermalam dekat rumah. Kalau tak, si anak nk bermalam dekat hotel. Jadi aku pergi ke alamat rumah yang pakcik ni bagi. Sampai rumah pakcik tu, aku bagi list harga beberapa jenama aircond.

‘Pakcik tak cukup duit’

(Sekadar gambar hiasan)

Pakcik ni tiba-tiba senyap. Termenung panjang nak kena pasang aircond semata-mata nak memenuhi kehendak anak. Dengan berat hati pakcik tu bagitau dia tak cukup duit…

Bila tengok air muka pakcik ni, aku tak sampai hati nak ambil duit. Jadi, aku charge harga aircond je. Masa on the way balik, aku pulak termenung. Tiba-tiba teringat arwah ayah.

Wahai si anak, mak ayah yang sedang menghitung usia tu bukan harapkan apa-apa pun dari kamu.. Cukuplah dapat tengok anak cucu depan mata untuk lepaskan rindu. Nanti bila ayah kau dah tak ada dalam dunia ni baru kau akan menyesal sampai mati..

Ingatlah, Dalam hidup ni kita semua patut bagi dan dapat peluang kedua.. Tapi menangis air mata darah sekalipun mak ayah takkan ada kelahiran smula.

‘Si tanggang moden’

Sumber : Mohd Azhakim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×