Sikap panas baran dan pemarah adalah sesuatu yang menakutkan terutamanya dalam perhubungan. Mana taknya, belum ada apa-apa ikatan dah berani nak marah pasangan dengan perkataan yang tak sepatutnya. Sesetengah orang sanggup tahan dan stay dengan pasangan yang panas baran sebab dah sayang sangat.
Tapi, sikap ni sebenarnya boleh dikawal dan lama-lama mereka boleh berubah. Ini antara cara yang korang boleh cuba untuk handle pasangan korang yang cepat naik angin.
1. Selalu Ingatkan Dia Untuk Bersabar
Orang yang baran ni akan rasa orang lain tak berlaku adil dekat dia. Mereka akan selalu terasa hati dan kecewa sebab semua orang seolah-olah tak faham dia. Time ni lah korang kena mainkan peranan dengan selalu ingatkan dia untuk bersabar. Bagi kata-kata semangat dan ingatkan dia yang korang akan sentiasa ada waktu susah dan senang.
2. Berikan Perhatian Yang Lebih
Mereka yang panas baran ni sebenarnya kurang kasih sayang daripada orang sekeliling. So, penting untuk korang tumpukan perhatian kat mereka. Bagi ucapan sayang, pujian dan sentiasa ada ketika si dia memerlukan korang. Benda simple macam ni pun dah boleh buat pasangan happy dan dihargai tau.
3. Ajak Berbincang
Selalunya, sikap baran pasangan korang takkan dapat detect waktu awal percintaan. Maklumlah, awal-awal bercinta semuanya indah belaka. Tapi, once korang dah dapat tahu si dia ada sikap pemarah, cari masa untuk berbincang dengan pasangan.
Tanya kalau-kalau si dia ada masalah yang asyik buatkan dia asyik nak marah je. Mungkin masalah tu korang tak boleh nak settlekan, at least lepas jugaklah tekanan yang pasangan korang tanggung tu.
4. Jangan Desak
Bila pasangan korang tengah marah-marah seeloknya jangan desak dia dengan pelbagai soalan. Nanti keadaan bukan makin reda, makin tegang ada la! Korang just diam dan dengar je apa yang keluar dari mulut pasangan dan serap dalam otak untuk dijadikan bahan perbincangan nanti.
Tapi, kalau dah sampai naik tangan, baik korang ambil tindakan yang sewajarnya okay.
5. Guna Orang Tengah
Kalau dah try semua tips yang Sis Katy bagi ni tapi still tak jalan, ni jalan terakhir. Cuba berhubung dengan orang yang rapat dengan pasangan macam family or kawan-kawan dia untuk mereka pujuk dan tenangkan dia.
Walaupun nampak macam senang, tapi tak semua orang akan bagi kerjasama. So, koranglah yang kena bagi effort lebih. Tapi, kalau korang dah layan baik, cakap elok-elok, dah bagi perhatian sepenuhnya tetap keras kepala dan baran tak kira tempat, baik korang fikir masak-masak untuk stay ataupun berpisah.
Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!