Penyanyi Wani Kayrie mengakui dia sedang berkawan dan mengenali seseorang, namun belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki itu.
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Pegang Pada Prinsip, Tak Pernah Terima Tawaran Jenama Diboikot
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Genggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan, Ada Perancangan Mahu Sambung Master
Lebih berusia daripada saya
Menurut Wani, dia sudah lama berkawan dengan lelaki berkenaan cuma, mereka tidak meletakkan hubungan tersebut sebagai bercinta.
Kami sudah lama berkawan sejak enam tahun lalu. Kami tidak letakkan hubungan kami sebagai bercinta pun.
Saya hanya ‘go with the flow’ sahaja. Dia lebih berusia daripada saya, tapi masih dalam lingkungan 20-an dan bekerja sendiri.
Si dia memahami kerja saya. Buat masa ini, saya tidak mahu dedahkan dirinya. Selebihnya tunggu kad kahwin.
Tambah Wani, dia berasa tidak takut untuk berkahwin meskipun sejak kebelakangan ini viral di media sosial mengenai isu curang, penyondol dan lain-lain.
Insya-Allah, saya tak takut hendak kahwin (ketawa). Apa yang berlaku itu adalah masalah individu dan takdir Tuhan.
Saya kena percaya dengan siapa yang saya kenal. Saya sendiri pun kalau sedang berkenalan dengan seseorang, akan ambil masa dan tidak mahu terburu-buru.
Wani atau nama penuhnya, Syazwani Abdullah turut memberi komen mengenai isu rumah tangga yang membabitkan saudaranya sendiri iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Ujar Wani, dia bersimpati melihat situasi Bella namun, tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi ibu kepada dua orang cahaya mata itu memandangkan dirinya sendiri belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai pengalaman.
Saya bukanlah hendak bela sesiapa kerana secara keseluruhan, saya dan keluarga tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cuma dalam soal ini, saya pilih untuk tidak mahu masuk campur.
Lagipun, saya belum berkahwin, jadi saya tak nak cakap lebih-lebih.
Memang Bella minta pandangan dan saya ada menasihatkannya. Cuma, saya tidak pernah memaksa Bella untuk ikut semua pesanan dititipkan. Nasihat saya sekadar pada permukaan.
Tiada bagi cadangan lebih-lebih pun. Bagi saya, jika apa sahaja yang dilakukannya dan keputusan bakal diambil memberikan manfaat, teruskan sahaja.
Terdahulu, Wani berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan pada Majlis Konvokesyen yang diadakan di sebuah universiti swasta.