berita

Siap Buat Buku Kongsi ‘Cara’ Tinggal Di Bali Secara Haram, Imigresen Bali Cari Gadis Ini

January 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Afrika yang dikenali sebagai Kristen Gray menjadi trending di Twitter apabila berkongsi thread cara berhijrah ke Bali, Indonesia. Perkongsian tersebut turut mencetuskan pendebatan hangat gara-gara wanita membuat buku panduan menggalakkan orang ramai pindah ke Bali secara haram. Malah perkara ini turut mendapat perhatian pihak imigresen Bali sendiri yang kini sedang memburu mereka.

Pindah ke Bali tanpa visa

Menerusi perkongsian Kristen Gray, dia mula bercuti ke Bali bersama kekasihnya pada tahun 2019 selepas mengalami kesukaran dalam pekerjaan dan krisis kewangan di negaranya sendiri. Namun segalanya berubah ketika di Bali kerana kos hidup yang murah sehinggakan mereka dapat hidup mewah seperti orang kaya.

Selepas wabak Covid-19 melanda dunia, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Bali terus secara haram. Ketika di Bali, dia bertemu dengan rakan dari negaranya sendiri yang dipanggil ‘keluarga’. Lebih hebat apabila mereka turut ada komuniti sendiri yang dipanggil ‘Black In Bali’. Mereka turut sama mengambil keputusan tinggal di Bali dan bekerja sebagai pereka grafik atas talian dan menjual E-Buku.

Lancarkan buku sendiri

Dalam pada itu, wanita ini sempat mempromosikan buku atas talian yang dikeluarkan sendiri olehnya bagi memberi panduan kepada orang ramai bagaimana ingin berpindah ke Bali mengikut cara mereka. Perkongsian tersebut mendapat kecaman orang ramai termasuk warganegara Afrika sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata rakyat Indonesia berang dengan tindakan Kristen Gray yang dilihat tidak beradap dan melanggar undang-undang negara. Malah, dia juga dilihat tidak bersalah menjual buku panduan mengalakkan orang ramai untuk berhijrah ke Bali, Indonesia secara haram di musim pandemik ini.

Orang ramai berang

Walau bagaimanapun, kes ini mendapat perhatian daripada imigresen Bali, Indonesia sendiri yang dipercayai sedang menyiasat kes ini. Menerusi portal Indonesia, Ketua Bahagian Imigresen di Pejabat Wilayah, Eko Budianto sudah menghantar pasukannya untuk tindakan lanjut. Namun pihak mereka mensyaki bahawa ejen yang menguruskan warganegara Amerika Syarikat itu seperti satu sindiket

Kami sedang memeriksa data di lintasan kami. Tetapi sejauh ini kami tidak memiliki maklumat yang tepat, kemungkinan nama tersebut bukan nama sebenarnya.

Malah, pihak imigresen mereka turut memeriksa senarai nama pasangan tersebut di Lapangan Terbang Ngurah Rai, namun data warganegara tersebut tiada dalam rekod. Sehingga kini, imigresen Bali masih memburu Kristen dan pasangannya.

Sumber : newsdetik, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×