berita

Siap Pakai Tudung! Lelaki Kantoi Rakam & ‘Skodeng’ Wanita Dalam Tandas

October 23rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Pakai Tudung Skodeng Perempuan Dekat Tandas

Semalam tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki dicekup selepas disyaki melakukan perbuatan yang tidak senonoh di dalam tandas perempuan di sebuah pusat membeli belah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Kantoi ‘Skodeng’ Wanita Dalam Tandas, Siap Hulur Tangan Rakam Mangsa Buang Air

Siap pakai tudung

Lelaki Kantoi Skodeng Wanita Dalam Tandas

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, dapat dilihat suspek dipegang beberapa orang lelaki sambil kedengaran suara seorang wanita yang meminta ‘password’ daripada suspek untuk membuka telefon bimbitnya.

Difahamkan, wanita itu mahu memeriksa telefon bimbit lelaki berkenaan yang dipercayai merakam video mangsa ketika menggunakan tandas di pusat membeli belah tersebut.

Sebut password kau sekarang! Kau jangan tipu aku, aku rembat kau nanti.

Oh tahu kau malu tapi masa kau masuk tandas perempuan kau tak malu?

Sementara itu, hasil pemeriksaan yang dibuat seorang lelaki terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan mengenakan inai di jari kakinya.

Kaki berinai, mana tudung kau, pakai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian ini.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×