berita

[VIDEO] Lelaki Kantoi ‘Skodeng’ Wanita Dalam Tandas, Siap Hulur Tangan Rakam Mangsa Buang Air

August 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Lelaki Skodeng

Seorang wanita tampil mendedahkan dia diganggu oleh seorang lelaki yang didakwa mengintai dan merakam dirinya ketika sedang membuang air kecil di tandas awam.

Artikel Berkaitan: Rakam Gambar & Video Wanita Mandi Kolam Sejak 30 Tahun Lepas, Geng Mengintai Akhirnya Tumpas

Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Skodeng’ Sambil Meniarap Panik Bila ‘Kantoi’

Terdengar sesuatu

Lelaki Skodeng

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di TikTok, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi pada 12 Ogos lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota menghala ke Johor Bahru.

Wanita itu dan suaminya singgah sebentar di stesten minyak berkenaan untuk mengisi angin pada tayar kereta dan ke tandas.

Saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.

Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut saya terus bangun dan memakai semula seluar.

Sejurus menyedari dirinya diintai dan dirakam, dia mencuba untuk mengejar lelaki berkenaan dengan pertolongan suami dan orang awam.

Apabila saya pandang ke atas saya terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam saya.

Saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas apabila menyedari yang merakam saya adalah seorang lelaki, saya terus mengejar lelaki tersebut.

Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya telah membantu saya untuk menahan lelaki tersebut.

Lapor kepada polis

Susulan itu, dia meminta lelaki tersebut memadam video yang telah dirakam sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Kerana panik lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang di ambil di dalam tandas tadi.

Dalam keadaan marah saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya.

Suami saya telah menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun ditahan untuk siasatan.

Dalam pada itu, dia turut menghargai pertolongan orang awam yang telah membantunya selain menitipkan nasihat agar golongan wanita lebih berhati-hati ketika di tandas awam.

Terima kasih pada semua yang telah membantu, pesanan saya buat semua wanita pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru guna.

Adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan.

@zaujatiaiman

Kejadian berlaku semasa sy hendak menggunakan toilet awam,selepas meletakkan kereta berhampiran dgn pam tayar,dan meminta suami utk tlg pam tayar,sy berjalan masuk ke dlm toilet tanpa menyedari yg sy sedang di ekori.semasa hampir selesai membuang air kecil sy terdengar ada sesuatu yg terhempas, kerana terkejut sy terus bangun dan memasang semula seluar dan apabila sy pandang ke atas sy terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam sy,lalu sy menjerit meminta tlg dan terus keluar dr toilet apabila menyedari yg merakam tu adalah seorg lelaki,sy terus mengejar lelaki tersebut,suami dan org awam yg mendengar jeritan sy telah pun membantu sy utk menahan lelaki tersebut.kerana panic lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yg di ambil di dlm toilet tadi,dgn keadaan marah sy merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah sy mendapati ada video rakaman sy yg dia buat d dlm toilet tadi.suami sy telah pun menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun di tahan utk siasatan.terima kasih pada semua yg telah membantu,pesanan sy buat semua wanita,pastikan tandas awam tu betul² selamat baru gunakan,dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jgn berseorangan demi keselamatan.kepada lelaki d luar sana yg tidak mampu berfikiran dgn waras dan membuat kerja begini, hentikanlah??#beritatiktokviral #trendingnewsmalaysia #viral #fyp #fyp? #rakamancctv #rakaman #wanitamandiri

? Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×