Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali kedua, ramai individu mahupun golongan artis mengambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang di rumah. Malah, segelintir daripada mereka turut berkongsi pelbagai aktiviti berfaedah yang mereka lakukan bersama keluarga sepanjang musim PKP ini.
Artikel berkaitan: 18 Kluster Berpunca Daripada Pergerakan Rentas Negeri
Artikel berkaitan: PKP: Majlis Kahwin, Tunang & Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan
Di Instagram, pelakon wanita yang dikenali sebagai Reen Rahim, berkongsi video ‘mesra’ dan ‘mengaji’ bersama ibunya. Perkongsian tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen dan para peminatnya. Bahkan, mereka turut terkenang kembali saat bersama ibu masing-masing ketika berada di rumah. So sweet!
Lanun sikit dekat rumah
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik Reen Rahim, dia memberitahu bahawa aktiviti mengaji bersama ibunya itu sudah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Memandangkan PKP kini kembali semula, Reen dan ibunya masih meneruskan aktiviti mengaji bersama. Pelbagai gelagat di antara dua beranak ini dapat dilihat oleh netizen terutama ketika ibunya menunjukkan sifat ‘garang’ sewaktu menegur kesalahan anaknya itu.
Aku makin bijak
View this post on Instagram
Selain ibu, gelagat ayah Reen yang turut memegang ‘hanger’ ketika dia sedang mengaji, berjaya mencuri tumpuan netizen. Kesemua perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 200 ribu orang dan majoritinya memberi tanda likes.
Sama dengan arwah mak
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan teringat akan ibu masing-masing. Menurut netizen, mereka gembira melihat gelagat Reen dan ibunya.
Sumber: Reen Rahim