berita

PKP: Majlis Kahwin, Tunang & Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan

January 14th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Bertepatan dengan keadaan semasa rekod jangkitan Covid-19 di Kelantan yang menunjukkan peningkatan ketika ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: PKP: Majlis Akad Nikah ‘Video Call’ Di Selangor

Artikel berkaitan: Pagi Tanya Nak Nikah Tak, Petang Sah Suami Isteri! Gurauan Nak Nikah Sebelum PKP Jadi Realiti

Susulan daripada itu, penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan di Kelantan sepanjang PKPB.

Akad nikah dibenarkan dengan mengikut SOP

Foto: Free Malaysia Today

Menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, arahan itu dikeluarkan dan berkuatkuasa semalam sehingga PKPB ditamatkan. Makluman itu akan diberitahu dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa kes Covid-19.

Menurutnya, semua kursus pra perkahwinan juga ditangguhkan pada masa yang sama. Perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya akan dijalankan melalui atas talian.

Tambahnya lagi, majlis akad nikah pula dibenarkan tetapi hanya jika diadakan di rumah, masjid atau surau dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu hanya boleh dihadiri seramai 20 individu termasuk pengantin, saksi, wali serta juru nikah.

Sumber: Berita Harian.

SKIP THIS AD ×