Di Indonesia, empat orang pemuda menarik perhatian ramai apabila menyertai pertandingan merenung gambar bekas kekasih paling lama. Menerusi gambar viral, pemuda tersebut dilihat duduk di atas kerusi sambil memegang potret ex girlfriend masing-masing. Lucu pun ada!
Suka-suka je
Memetik laporan Tribun News, penganjur pertandingan mengaku ianya diadakan hanya untuk suka-suka sahaja. Kebiasaannya, mereka melakukan pertandingan sukaneka seperti lumba makan keropok dan tarik tali.
Dibilang beneran juga bisa dibilang enggak juga bisa. Tujuan utamanya buat hiburan. Menghibur orang banyak di tengah pandemi.
Apa yang melucukan apabila empat pemuda tersebut dilihat sangat ‘tenang’ menatap gambar bekas kekasih yang dicetak di atas kertas berukuran A4. Ada juga yang menutup muka mungkin kerana tidak sanggup untuk meneruskan ‘perlawanan’.
Rata-rata meluahkan rasa terhibur dan membayangkan keadaan jika mereka yang berada di situasi tersebut. Sanggup ke tidak?
Tatap sambil potong bawang
Difahamkan, pertandingan ini diadakan bersempena dengan sambutan hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia yang ke-75. Setiap daerah kebiasaannya akan menganjurkan pelbagai pertandingan untuk memeriahkan suasana.
Sumber : Tribun News , anam_chenel