Melahirkan seorang zuriat ke dunia bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui seorang ibu semata-mata untuk memastikan anak dilahirkan sihat. Ada yang bernasib baik dapat melahirkan anak secara normal, ada pula yang terpaksa melalui proses pembedahan.
Namun, apa yang paling penting ibu-ibu perlu menjaga kesihatan diri serta berpantang dengan betul. Seperti yang dikongsi wanita ini, hari ketujuh melahirkan anak secara ceaser tiba-tiba beliau demam. Apabila dibawa ke hospital, rupanya terdapat infection pada tempat jahitan. Seram pula baca!
Siapa kata bersalin ceaser mudah?
44 Hari : Bersalin Ceaser
Alhamdulillah selesai sudah confinement untuk baby kedua ni.
Perit kalau kenangkan hari hari yang lalu. Cukup la sekali, serik sangat nak lalui buat kedua kali. Sungguh memang tak kuat rasa nya. Siapa kata bersalin ceaser ni mudah? Susah weh teramat susah. Andai ada rezeki sekali lagi, memang aku doa, Allah izinkan aku untuk beranak normal.
Throwback sikit, hari bersalinkan Noah, aku orang ke-6 untuk di operate. Dalam 12.30 masa ditolak ke OT dah berdebar-debar ‘la illailla anta subhanaka inni kuntu mina zalimin’ tak pernah putus. Masa ni berserah ja kat tuhan semoga semua urusan dipermudahkan.
Doktor godek godek perut tak lama pon, setiap proses kita rasa, tapi tak sakit kan bius separuh badan. Bila Noah keluar, nurse letak di dada. Alahai comeynya Anak mami. Sepet, sawo matang sikit la eh. Keciknya hahaha.
Ehem masa ni tak sakit ye puan-puan. Naik je ward mula mual mual rasa nak muntah. Rasa lembik je. Tapi perasaan tu tak lama kejap je lepas 6 jam, minum air, jalan-jalan esoknya discharged.
Semua mudah & mommmy bahagia. Ye la beranak tak rasa sakit tiba tiba eh ada baby. Tapi siapa sangka.. (See picture)
Hari ke tujuh bersalin, tiba-tiba demam
Day 7, malam khamis tibatiba badan rasa seram sejuk. Check suhu 38. Eh demam ni, makan ubat tahan sakit and terus tido. Tak ada apa kot.
Day 8: Esoknya, tengah hari dalam jam 12. Mengigil gigil. Nape tiba tiba je ni. Husband susah hati dah. Jom la kite ke emergency.
Sampai ER, check suhu 38. Check nadi (heart rate) 151 terus kena tahan masuk air, ambil darah semua. Dari jam 4 sampai jam 10. Sepanjang masa ni, berdebar-debar minta husband doa kan, benda paling aku takut. Jangan la ada infection. Tolong la jangan. Mcm mcm aku google kalau infection nanti kene bukak balik jahitan, nanges usah kata sampai tak keluar air mata. Husband kata jangan pikir bukan- bukan, demam biasa je ni.
Malam, dalam jam 10. Datang Dr S***, tekan perut tak de keluar cecair apa. Jahitan cantik. Kenapa demam ye? Dr amek scan, scan dalam pon doktor tak nampak darah beku ke apa. Ok puan, maybe infection luaran dalaman selamat jgn risau. Masa ni dah rasa lega. Alhamdulillah dedi, tak ada apa lega sangat. Tapi kena tahan sampai demam dah kebah. Okay takpa. Muka bahagia.
3 hari di wad masih demam
1hb-3hb : 3 hari dah warded. masih demam teruk, Harini dah cecah 40.7 suhu. Antibiotic still on. Dah tukar antibiotic jenis lain. Masa ni tuhan je tahu, dengan demam, antibiotic setiap kali cucuk rasa sakit. Masuk air garam sekali. Drama air mata sepanjang masa la cerita dia.
Harini, Dr round kat ward macam biasa, Dr L**** specialist o&g tekan perut, ada keras sikit bahagian kanan, infection dalam ni. Masa ni udahh meraung sedih.
Me : Dr kene bukak semula ke jahitan? Saya takut. Malu? Hilang dah perasaan malu aku masa ni.
Dr : Tak kita tengok dulu macam mana ya.
Hati dah sedih. Dengan rindu anak lagi. Huks!
Malam masa nak tido tiba-tiba menggigil 1 bdn. Dah off aircond masa ni. Adik tolong minta nurse 1 selimut. Sejuk. Tapi masih terasa sampai ke tulang. Adik tolong minta lagi selai dik (nasib adik dah sampai tolong teman masa ni) pakai 3 selimut pon masih sama. Mengeletar aku sorang sorang bawah selimut. Istighfar ja banyak banyak jangan ada benda buruk berlaku.
Dalam pkol 9 kakak katil 2 datang . Pegang ubun ubun, bacaa & amik air bacakan doa. Lepas minum air akak katil 2 bagi lansung hilang gigil. Adik buka surah al-waqiah ya, letak kain belakang tengkuk, situ punca segala panas. Memang malam dapat tido dengan selesa. Terima kasih kak katil 2, esoknya akak tu dah balik tak sempat tanya nama.
Air banyak keluar dari bahagian luka
Hari ke 4 di hospital.
Esoknya bangun tido. Eh apa ni, ada air keluar. Dari mana ni? Check bahagian luka. Allah air keluar sampai basah habis kain. Ya yang ditakuti dah terjadi. Memang air keluar dari bahagian luka. Berderau jantung. Allah Allah ujian apa ni. Ya Allah.
Masa ni kak Rose dah berdiri. Eh, adik apa ni adik Allah takotnya, astagfirullah apa ni . Air nanah ka apa ini? Apa ni adik, akak takot dik. Aku udah la nebes, die pulak buat sinetron lagi aku tambah nebes. Aish.
Husband datang kali ni, drama air mata buat seribu kalinya. Minta tolong panggilkan dr fiza. Dengan tak malunya nangis nangis depan dia. Dr saya kena bukak balik ke jahitan ni? Walau pun hakikat dah tahu kebenaran yang memang jelas & nyata . Ini la perkara yang paling nak dielakkan untuk bersalin Ceaser. Dr fiza kata infection dalam ni puan. Bagus la die keluar jadi kita dah tahu kan sekarang apa punca puan demam. Petang karang kita bukak ya jahitan.
Me : Dr sakit tak?
Dr : Emm saya taknak la tipu, sakit memang sakit.
Huwaaa.
Dr: Maaf la puan, saya terpaksa jujur nanti puan pikir tak sakit, walhalnya sakit la sikit.
Petang tu, hati berdebar debar nak masuk bilik prosedur. Masa ni pujuk hati untuk redha. Sepanjang di hospital tak larat dah nanges. Allah bagi ujian ni sebab tahu aku mampu. Ulang lebih 10x dalam hati masa tu. Baru ada kekuatan. Selagi tak redha selagi tu tkde kekuatan.
Aku baring kat katil di bilik prosedur. Doktor suntik ubat tahan sakit kat perut. Tapi, kesakitan buka semula jahitan hidup hidup, tuhan ja yang tahu mengigil 1 badan. Bilik beraircond tak rasa sejuknya. Basah muka dengan keringat. Tahan sakit punya pasal. Allah doktor sakit doktor, tlg doktor sakit. Berzikir beristighfar dalam hati beribu kali. Sumpah masa ni, insaf. Sakitnya rasa mcm sakit contraction yang teramat sakit.
Keluar dari bilik prosedur, kononnya tadi dah cukup redha dan kuat. Tidak lah. Drama air mata kali ni berdua, rupanya sepanjang proses tadi Husband kat luar dengar isteri menjerit sakit sama .
(Harapnya semua husband dalam dunia n sedarlah, nak hadiahkan zuriat buat suami banyak pengorbanan dan kesakitan yang terpaksa isteri telan & hadap)
Bahagian luka bernanah
5 Dec – Dressing mcm biasa dgn nurse tp nurse kata ade nanah lagi. Esok doktor tolong kikis ya. Esoknya, Dr dressing kikis macam kena buka jahitan tahap sakitnya. Menggigil gigil. Nanges lagi. Drama air mata entah bila nak berakhir aku pon tak tahu.
Dari hari ke hari aku lalui proses yang sama. Antibiotic 3x sehari. Nurse amek tekanan dah tak terkira waktu. Malam jam 12, 2, 4, 6 biasa nurse datang check suhu atau hantar ubat. Bangun pagi, makan, mandi, tunggu doktor round sambil baring sembang dengan orang sebelah mandi makan tidur. Tunggu orang datang melawat dll.
10 Dec – Doktor round tadi, die inform Kalau tak ada apa inshaAllah selasa boleh jahit. Maybe next day boleh discharged. Ya Allah ya tuhanku permudahkanlah. Adik dah balik petang semalam. Tq adik tolong jaga aku seminggu ni. Harini katil sebelah orang terakhir yang discharged pon dah balik. Maka 3 orang dalam bilik semua dah discharged tinggal aku sorang tido kat sini. Semoga Allah melindungi.
Masa ni rindu sangat dah dengan my husband , adam , noah , ayah & family. Bila sakit baru sedar nikmat sihat. Sebak tengok pengorbanan suami yang susah payah datang sini dengan anak semoga Allah merahmati. Semoga aku tak lupa diri bila sihat dah sentiasa ingat susah senang kita bersama. Ya Allah sembuhkan lah aku.
12 dec : selasa yang dinanti dah tiba. Nurse datang dgn houseman chek luka. Die kata ada sikit lagi nanah. Kat hujung. Specialist dr L dgn dr surgeon yang operate haritu datang dr Y. Dorunk Check. Dorunk berpandangan sesama sendiri & i cried a lot. Dah tahu apa resultnya. Memang hampa & kecewa sangat. Hari yang dinanti- nanti tapi luka masih tak okay.
Dr L : Jangan nages, harini tak boleh buat. Kalau buat juga nanti sama resultnya. Tunggu next week. Nurse amek kan tissue.
Me : Dr rasa bila boleh jahit.
Dr L : next week selasa if luka bersih kita jahit ya. Kamu boleh discharge sebab dah sihat tak ada demam lagi. Kamu mesti rindu sama baby. Ya. Boleh balik ya minggu depan kita check luka lagi.
Me : thank you doktor. Sambil nages lagi dah tak malu dengan nurse, dr, houseman semua yang ada kat depan tu.
12 hari di ward : penantian, harapan, kesakitan, rindu, banyak sangat pengajaran.
Tapi sepanjang 12 hari di hospital, aku belajar erti REDHA. Berlapang dada lah tika ujian datang menimpa, pasti kita tabah mengharunginya. Andai kita menolak sekeras mana pon, Allah kata berlaku tetap akan berlaku. Kun fayakun (jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia)
Menunggu untuk dijahit semula
Thank you husband. Sepanjang di rumah. Husband hantar wife cengengnya dressing di hospital & klinik. Duduk di rumah adalah sikit rasa tenang. Persekitaran rumah buatkan rasa lebih sihat. Ceewaaahh.
Isnin, 18 hb admit semula untuk jahit luka ceaser yang ternganga ni. Alhamdulillah lega rasanya membayangkan tak lama lagi. Sikit je lagi. Baru bayangkan pon dah seronok. Masa ni adik acik dtg teman bagi srmangat. Tq adik adik.
Admit ward jumpa akak N***, kak tu duduk katil yang sama aku duduk masa warded 12 hari tu. Masalah kami pon sama wound breakdown. Kakak tu dah down, 8 hari dah di ward, dressing semua. Menages nages.
*saya paham kak, saya pon baru melalui fasa tu akak, di katil yang sama. Mengira hari dan waktu nak melalui semua ni. Sabar ye kak.
19hb . Puasa dari jam 12 malam. Menunggu nunggu bila nak dipanggil untuk jahit. Dari jam 10am-2pm-6pm tak ada. Jam 8pm nurse datang, tukar baju ya nak pergi operation theatre.
Alhamdulillah, masa yang dinanti nanti dah tiba. Berdebar, risau, takut. berharap sangat jauhkan la aku dari terkena infection atau komplikasi lagi. Sembuhkan dan sihatkan lah aku. Masa ni memohon pada tuhan ja. Tak tahu apa bakal jadi.
Pakar bius datang, operation ni sekejap je puan. Jadi kita bagi bius penuh. Kita masuk oksigen ya di tekak.
Tak lama. Masuk 9.30. 10.30 aku terjaga dah kat luar bahagian pemerhatian. Cuma rasa tekak sakit sikit kesan masuk oksigen tu. Tapi tak pening & mual macam masa kena ceaser haritu.
Alhamdulillah, esoknya discharged. Hari hari cuba hati hati. Then buka semula jahitan 29/12. Sakit juga tp okay masih boleh tahan. Harini dah habis pon pantang. Lama fasa berpantang kali ni. Mcm mcm dugaan.
Buat suami, hargai isteri yang susah payah lahirkan zuriat kamu
Noah dah 44 hari. Tq dedi, opah, tokba , aunti , mama la, susah payah datang belimbing jaga momi & noah. Sambung pulak kat sungkai bila dedi work
Tq atok , moyang tok, moyang atok opah teh, jaga masa kat trolak.
mamacik & cuni temankan di hospital menemankan proses air mata momi hahaha.
Noah my hero. Second hero. Adik bongsu?
Allah tu adil, baru je niat nak preggy terus Allah bagi, tak sempat nak plan apa-apa. sepanjang mengandung takde alahan, takde sakit, macam perempuan lain aktif sana sini. masa beranak pon okay. Tp Allah uji pula masa berpantang.
2 anak, 2 cerita berbeza tapi dua dua ada ujian tersendiri.
Percaturan Allah tetapkan tu dah cukup sempurna & terbaik. Moga ujian ni mematangkan & mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan kami.
Buat suami, hargai isteri yang bersusah payah lahirkan zuriat kamu.
Sumber : Athirah Zafirah