berita

Siapa Lagi Matang? – Anggap Mia Sara Tidak Patut Fikir Aurat, Prof Madya Dr Rafidah Selar Kenyataan Itu

May 25th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pelakon cilik Mia Sara Nasuha memang sudah mula berhijab sejak pulang dari umrah tahun lalu. Memang makin manis dan cantik seiring dengan umurnya yang mula menginjak usia dewasa. Semalam melalui wawancaranya bersama portal Mstar, Mia mengatakan dia lebih mementingkan aurat berbanding kerjaya sebagai pelakon.

Perkongsian Mia mendapat pujian ramai netizen. Namun, viral satu retweet yang menjawab mengenai kenyataan Mia yang menganggap Mia masih kanak-kanak. Jawapan itu menjadi viral di laman twitter dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna twitter.

Bukan objek seksual kamu

Seorang pengguna Twitter menjawab kembali tweet berkenaan Mia Sara yang mementingkan aurat. Rata-rata netizen mengecam dan menggangap wanita ini tidak matang lagi berbanding Mia Sara kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak patut. Wanita ini menganggap Mia Sara masih kanak-kanak dan tidak patut berfikir mengenai aurat.

Siapa lagi matang?

Saya baca seolah tidak percaya. Siapa lebih matang? Walaupun Mia, yang berumur 11 tahun itu bercakap tentang apa yang dia faham hijab sebagai keperluan Islam, dan bagaimana dia kaitkan dengan rezeki, ingat dan renungkan untuk kita semua sekarang bahawa Ramadhan akan datang. Yang dewasa atau lebih tua yang sepatutnya menjadi pelindung, dan sepatutnya beringat dalam berkata..boleh menidakkan semua ini hanya kerana konsep ‘objek seksual’

Saya berharap ini akan menjadi yang pertama dan kali terakhir, bahawa Cik *** menggunakan kanak-kanak dalam menyebarkan apa sahaja nilai dia percaya, dalam apa-apa cara yang tak beriman. Ia adalah pilihan Mia. Saya hormat kepada kedua ibu bapa Mia yang memberi memberi nilai yang baik buat diri Mia.

Prof Madya Dr Rafidah melalui status di Facebook miliknya tidak percaya akan kata-kata wanita ini yang sepatutnya lebih matang dari Mia Sara. Prof Dr Rafidah harap wanita ini tidak lagi menggunakan kanak-kanak dalam menyebarkan kepercayaan yang dia percaya. Prof menganggap ianya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang dewasa yang beragama Islam.

Sumber :  Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×