Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan dua orang pempengaruh yang dikenali sebagai Sarancak dan Nell Hanan sewaktu menyertai sesi podcast bersama seorang lagi pempengaruh, Ceddy Ang di TikTok.
Artikel Berkaitan: Berangan Diva! Artis Berambut Merah Didakwa ‘Buat Muka’ Bila Terpaksa Tunggu Lama
Kongsi pengalaman kerja dengan artis
@syoksyoksyok Wah! betul-betul rancak eh episod kali ni! OMG! Very the HOT TEA! ??? Biar betul! Campak skrip? Takkan la! Tapi orang industri memang lebih tahu kan…..siapa agaknya selebriti misteri yang Sarancak ngan Nell cakap ni? Korang rasa siapa? Banyak lagi tau hot tea! Korang kena tengok episod penuh Sembang Atas Dulang Musim Kedua! @Ceddy – CEO of Makan Makan @Nell Hanan @Sarancak #podcast #ttylpodcast #sarancak #nellhanan #ceddy #selebriti #selebritimalaysia ? original sound – SYOK
Menerusi sesi podcast tersebut, Sarancak dan Nell berkongsi pengalaman mereka bekerja dengan seorang selebriti yang kelihatan begitu baik di hadapan peminat.
Menurut mereka, apa yang ditunjukkan di hadapan khalayak ramai itu sama sekali bercanggah dengan sikap sebenar selebriti itu yang begitu bermasalah setiap kali berurusan dengan mana-mana kru produksi serta selebriti yang lain.
Sepanjang pengalaman kami berdua bekerja dalam industri, terdapat seorang selebriti ni yang pada orang luar, ‘Oh dia ni baik apa semua’, tapi siapa yang pernah kerja dengan dia tahulah perangai sebenar dia.
Budak-budak baharu yang masuk industri tak akan tahu pasal ni.
Lebih mengejut, mereka mendakwa selebriti terbabit pernah melemparkan buku skrip sewaktu sesi penggambaran bahkan turut melabel artis tersebut sebagai seorang yang ‘berperangai syaitan’.
Contoh pengalaman saya ialah saya pernah nampak dia campak skrip dekat muka orang, dia shuh shuh (halau) orang macam tu.
Tapi bila di public, semua orang macam, ‘eh baiknya dia ni’. Orang tak akan tahu yang dia ni adalah sejenis ‘syaitan’.
Hah tengok saya nampak boss awak angguk (tanda setuju).
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki mengenai siapakah gerangan selebriti yang dimaksudkan mereka sewaktu sesi podcast itu.
Bahkan ada juga yang menceritakan pernah berdepan situasi yang sama sewaktu bekerjasama bersama selebriti terbabit.
Sumber: TikTok