Hampir setahun tidak dapat memenuhi permintaan mengadakan persembahan berikutan ketiadaan suara akibat masalah polip atau ketumbuhan, penyanyi Black kini sudah bersedia untuk kembali aktif menyanyi.
Artikel Berkaitan: Hattan, Black & Hazama Bakal Kongsi Pentas, Konsert Di Plenary Hall 8 Februari Tahun Depan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hattan Berhenti Merokok Selepas Kehilangan Arwah Adik – ‘Dia Kuat Merokok, Ada Masalah Jantung’
Berhenti merokok
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Black berkata, dia sudah sihat dan bersedia menghiburkan orang ramai terutama penonton yang membeli tiket konsert Hitam Manis nanti.
Saya bersyukur terjadinya saya sakit ini memberi saya peluang kedua untuk comeback sebab saya dah lama berehat. Saya menangis setiap hari, bercakap pun tak boleh masa kena polips tu. Alhamdulillah, vokal saya tiada masalah, saya sudah bersedia untuk nyanyi apa sahaja range lagu.
Berbicara mengenai masalah kesihatan, Black memberitahu sebelum ini dia menghidap gerd sehingga vokal chord menerima kesan.
Saya ada masalah gerd, vokal chord saya kena asid jadi sebab itu dia triggered dan saya kena acid reflux. Selepas pembedahan saya rehat tiga bulan dan bisu (tak boleh bercakap) dalam 5 hari. Selepas buat pemeriksaan selanjutnya, doktor kata saya dah 100 peratus pulih dan boleh menyanyi seperti biasa.
Cuma cara saya bercakap dah kena ubah, sebelum ini saya guna teknik menyanyi dalam bercakap lepas ini saya kena terbalik. Dulu saya cakap kuat sekarang saya kena kawal cakap guna tekak sahaja.
Tambah Black, beberapa bulan sebelum pembedahan dan sehingga kini dia sudah berhenti merokok.
Disoal mengenai persiapan untuk konsert Hitam Manis pada Januari depan, Black mengakui dia berasa tidak sabar untuk menjayakan konsert tersebut bersama Dato Hattan dan Hazama.
Saya tak sabar untuk konsert ini, saya tak pernah ada konsert besar. Konsert ini saya akan all out. Siapa yang datang konsert, insya-Allah dapat dengar balik suara saya sewaktu umur 20-an dulu.