berita

Sifat Keprihatinan Permaisuri Johor Ingin Membantu Kewangan Pelajar Malaysia Di UK Ini Buat Rakyat Rasa Terharu

August 21st, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

DYMMPermaisuriJohor

Kita semua sedia maklum bahawa mata wang ringgit Malaysia telah jatuh mendadak baru-baru ini, bukanlah nak bercerita mengenai perihal politik tapi sifat keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Permaisuri Johor ini mendapat perhatian orang ramai.

Beliau yang sekarang ini sedang bercuti di United Kingdom (UK) ingin membantu kewangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK ekoran dengan isu mata wang ringgit tersebut. Di war-war kan melalui akaun Facebook, sifat mulia Permasuri Johor itu membuatkan rakyat rasa terharu.

I Am Lucky Because I Can Afford, Please Let Me Know How I Can Help

DYMMPermaisuriJohor

I am thinking about the Malaysian students who are studying here in the UK or in the US and how they are coping ever since our Ringgit dropped. How much do they have spare to buy food after they have paid for their rent and their daily commute? How much can their parents or families send them? I am here in the UK on holiday but I am lucky because I can afford the luxuries here. To the Malaysians who are living or studying in the UK please let me know how I can help. Is there a student body which can help with students who need financial help?

Saya terfikir bagaimana nasib pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK ini atau di US menghadapi kehidupan seharian semenjak Ringgit Malaysia jatuh. Berapa banyak simpanan mereka untuk membeli makanan apabila sudah digunakan membayar sewa dan perbelanjaan harian mereka? Berapakah jumlah orang tua atau keluarga mereka berikan? Saya sekarang bercuti di UK, saya agak bertuah kerana saya mampu. Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau melanjutkan pelajaran di UK beritahu saya agar saya boleh bantu anda semua. Ada tak pelajar disini mempunyai kawan yang memerlukan bantuan kewangan?

Apa yang difikirkan oleh DYMM Permaisuri Johor ini memang benar, sedangkan kita di Malaysia ini pun dapat merasainya apatah lagi mereka yang berada di perantauan sana.

Mulia sungguh sifat Tuanku ini, Allah sahaja yang dapat membalas segala pertolongan Tuanku yang kami sayangi. Amin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×