Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura dilihat tenang memberi respon terhadap fitnah yang mendakwa dirinya berlaku ‘fake’ dengan para peminat demi menagih perhatian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Sopan Layan Peminat Warga Emas, Netizen Puji Tak ‘Fake’ – ‘Macam Mana Boleh Benci Orang Sebaik Ini?’

Artikle Berkaitan: Fazura Selesai Jalani Tempoh Idah – ‘The End Of It All & The Beginning Of Everything’

Tak baik fitnah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories),  Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi komen yang diterimanya daripada individu yang tidak dikenali.

Komen tersebut didakwa telah menfitnah pelantun lagu ‘Raya Pum Pang’ itu yang mesra melayan kerenah peminat.

Kadang kalau tengok Fazura ini over layan peminat, sebab dia nak orang cakap dia jenis yang mudah didekati.

Kesian mahukan perhatian.

Apa pun, Fatima beri pulak pada Daddy dia ya.

Tidak berdiam diri, Fazura tangkap layar atau ‘screenshot’ komen tersebut dan meninggalkan respon ringkas buat fitnah yang disebarkan.

Astagfirullah.

Sumber: TikTok @missfazura