Keperibadian pelakon dan penyanyi, Nur Fazura sering kali meraih perhatian netizen apabila dilihat akrab melayan semua golongan peminatnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Dipuji Sopan, ‘Humble’ Layan Peminat Bergambar Di Mahkamah – ‘Wanita Hebat Sebab Itu Allah Uji’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dilamar’ Ketika Live TikTok, Ini Respon Fazura – ‘Idah Tak Habis Lagi Nak Kahwin Macam Mana’

Mesra dengan peminat

@mcflurrychr ? #fazura #fazurafans #meetandgreet #xyzabc #fypppp #respect ? suara asli – Vibes lyrics only?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat berada di sesi ‘meet & greet’ bersama peminatnya.

Apa yang meraih perhatian apabila terdapat seorang warga emas yang berkerusi roda ingin bergambar bersama pelantun lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ itu dan disantuni baik olehnya.

Perkongsian itu meraih lebih 100 ribu tontonan di TikTok.

Tak boleh benci orang sebaik Fazura

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu yang tidak kekok melayan peminat sama ada tua atau muda. Selain itu, warganet turut mempersoalkan segelintir orang yang membenci Fazura walhal dia memiliki personaliti yang ikhlas dan baik.

Sumber: TikTok @mcflurrychr