Di Beijing, China, satu projek eksperimen perumahan hijau diperkenalkan dengan mengetengahkan konsep tumbuhan hijau yang subur ditanam di setiap balkoni.
Namun, projek ini bukan sahaja menarik minat pembeli malahan turut menarik minat nyamuk untuk menghuni apartment tersebut.
Hanya 10 keluarga yang pindah
Foto: The Telegraph
Apartment tersebut dikenali sebagai Qiyi City Forest Garden dan berjaya mencatatkan jualan 100 peratus selepas dilancarkan pada April tahun ini. Malangya, hanya 10 keluarga yang berpindah masuk ke apartment tersebut. Hal ini disebabkan serangan nyamuk yang terdapat di balkoni apartment tersebut.
Projek tersebut menawarkan sebanyak 826 unit apartment dan yang menariknya, setiap unit apartment tersebut dilengkapi pelbagai jenis tanaman di setiap balkoni.
Bangunan tersebut sepatutnya menjadi cantik dan penuh dengan warna kehijauan. Namun, disebabkan tiada penjagaan yang rapi menyebabkan pokok-pokok yang ditanam itu tumbuh menjalar dan sekali gus, menarik minat nyamuk.
Terbiar tanpa diurus
Foto: Ny Post
Akibat sikap sambil lewa penghuni yang tidak menjaga tumbuhan tersebut, kini 8 menara apartment itu ditumbuhi pokok liar yang dihuni banyak nyamuk. Jika isu ini dibiarkan berterusan tidak mustahil perumahan ini akan menjadi petempatan baharu binatang yang lain.
Perkara seperti ini secara tidak langsung boleh mengundang kepada penyakit yang berbahaya seperti denggi dan sebagainya.
Sumber: The Telegraph ,Ny Post