Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa yang didakwa tidak beradab.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Makcik, Sila Hati-Hati Bila Ada Kuku Panjang’ – Jari Anak Shakilla Khoriri Luka Ketika Bersalaman Raya
Ameena ditolak
Menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri mendakwa ada seorang kanak-kanak lelaki telah menolak Ameena ketika mereka sedang bermain.
Lebih teruk lagi apabila aktres tersebut mendakwa kanak-kanak itu dan ibunya hanya berdiam diri tanpa meminta maaf.
Semasa saya rekod, ini ada yang terjadi kepada Ameena. Seorang budak lelaki menolak Ameena untuk main tanpa rasa bersalah. Saya melihat dia tetapi dia hanya diam. Apa yang buat saya sedih bila mak dia ada di situ, tapi hanya ikut dia dan bermain dengan dia.
Saya tak ajar anak saya untuk bergaduh, tak ajar anak saya untuk berebut apatah lagi nak berebut benda yang bukan milik dia. Tapi boleh nampak Ameena sedih dan kecewa dengan keadaan itu.
Dua beranak tu sangat bertuah sebab Ameena ada di situ dan saya terpaksa telan balik apa yang sepatutnya mereka dapat dari sikap kurang ajar itu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun tersebut juga menasihati ibu bapa agar bersikap lebih tegas terhadap anak-anak terutama dalam soal adab dan sopan.
Sila ajar anak-anak kalian adab dengan sesama manusia. Sedih sangat bila tengok kanak-kanak yang biadab dan tiada budi bahasa. Tidak sama sekali nak belajar untuk cakap maaf atau terima kasih. Tak ada.
Suka ke anak-anak dibenci? Suka ke anak-anak dipulau? Suka ke anak-anak yang comel dilayan dan dijauhi kerana sikap dan silap ibu bapa?
Sekadar info, pada 18 Februari 2018 Shakilla mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali namun berpisah pada Disember 2021.
@shakillakhoriri Dear parents, Sila ajar anak-anak kalian ADAB dengan sesama manusia. Too sad looking at kids yang so rude dan tiada budi bahasa. Not even belajar untuk say SORRY or THANK YOU or EXCUSE ME. No!! Suka ke anak-anak dibenci ? Suka ke anak-anak dipulau ? Suka ke anak-anak yang comel dilayan dan dijauhi kerana sikap dan silap parents ? While i’m recording, this is what happened to Ameena. This one boy tolak Ameena untuk play that thing tanpa rasa bersalah. I looked at him tapi hanya diam. Apa yang buat aku sedih bila mak dia ada disitu, followed him and play with him while aku terpaksa tengok apa yang korang tengok dalam video ni. Aku tak ajar anak aku untuk bergaduh. Tak ajar anak aku untuk berebut apatah lagi nak berebut benda yang bukan milik dia. Tapi i can see Ameena sad & kecewa dengan keadaan tu. Dua beranak tu so LUCKY yesterday ek sebab Ameena ada dekat situ and aku terpaksa TELAN balik apa yang sepatutnya diorang dapat dari sikap kurang ajar tu. Soooo lucky. ???? #rudeparentsraiserudekids
Sumber: TikTok