berita

‘Sila Delete Dalam Masa 48 Jam Atau Akan Diambil Tindakan’ – Baby Shima

April 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini nama penyanyi jelita, Baby Shima menjadi bualan hangat netizen selepas videonya yang meniru aksi tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU), Zhariff Affandi telah tersebar di media sosial. Berikutan daripada isu tersebut, penyanyi ini telah membuat permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Artikel Berkaitan:Baby Shima Menangis, Merayu Mohon Maaf Isu ‘Tiru’ Aksi OKU

Meskipun sudah menyelesaikan isu tersebut bersama Zhariff Affandi, tetapi masih ada individu yang sengaja mengeruhkan lagi keadaan.

Dah buat laporan polis

Menerusi posting terbaru Baby Shima di Instagram, dia memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan dirinya berada di hadapan balai sambil memegang beberapa laporan polis. Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Baby Shima memberitahu bahawa tujuannya ke sana adalah untuk memberi keterangan serta membuat laporan tentang penyebaran isu tersebut di Twitter dan kes fitnah di Instagram.

Menurut sumber, Baby Shima sudah pun memadam video parodi tersebut sebaik sahaja mengetahui keadaan sebenar Zhariff Affandi. Akan tetapi ada individu yang tidak bertanggungjawab sempat menyimpan video itu sebelum menyebarkannya di media sosial.

Oleh hal demikian, penyanyi ini telah memberi amaran kepada individu yang terlibat untuk memadam dan menurunkan video parodinya di mana-mana platform media sosial termasuk Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter. Difahamkan, Baby Shima juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang enggan memberi kerjasama.

Mana yang ada upload video tersebut di Youtube, FB, IG atau di media sosial. Sila delete dalam masa 48 jam atau akan diambil tindakan.

Penjelasan Baby Shima

Sumber: Baby Shima

SKIP THIS AD ×