berita

‘Silau, Ada Tompok & Bebenang Pada Mata’ – Penghidap Diabetes Dedah Punca Sebenar Masalah Mata

October 28th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Setiap orang pasti menginginkan tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya. Walau bagaimanapun, jika individu itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak menjaga pemakanan dengan betul, maka potensi untuk menghidapi sesuatu penyakit itu adalah tinggi.

Terbaru, seorang gadis, Cik Sidah ada berkongsi tentang dirinya yang disahkan mengalami masalah diabetes pada usianya 22 tahun. Apa yang lebih mengejutkan apabila keadaan kesihatan gadis itu bertambah teruk sehingga memberi kesan buruk terhadap matanya.

Bacaan darah dan gula tinggi

Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya punca mata aku yang sakit sehingga sebelah mata dah tak nampak dan kabur teruk. Jadikanlah apa yang aku cerita ini buat pengajaran semua terutama bagi golongan muda dan penghidap penyakit diabetes. Lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Pada tahun 2012, masa itu umur aku 22 tahun. Pada awalnya, aku pergi klinik sebab ada masalah lain tapi doktor periksa tekanan darah, dan result nya adalah tinggi. Kemudian, kandungan gula pun tinggi, bacaan gula pada masa itu adalah 19. Selepas itu, doktor bagi surat rujukan ke Klinik Kesihatan (KK) dan aku pun kena follow up dekat klinik itu untuk beberapa tahun.

Tapi nak dijadikan cerita, punca masalah mata ini terjadi sebab tertinggal satu follow up. Aku buat tidak tahu dan menangguhkan follow up tersebut ‘Nanti lah pergi balik, esok lah’ sampai lah ubat yang diberi oleh doktor itu habis.

Mata silau dan ada tompok

Walaupun ubat dah habis, aku tetap juga berdegil tak pergi klinik untuk sambung follow up walaupun nurse dah beberapa kali call suruh datang. Lebih kurang 2 tahun lebih juga aku tak makan ubat dan tanpa follow up. Aku pun tak ambil ubat-ubatan kampung.

Hint pertama ialah mata jadi silau. Masa itu masih buat tidak tahu lagi sebab aku masih lagi boleh berjalan, merempit, boleh bergelak ketawa dan boleh bekerja lagi. Hint kedua ialah timbul satu tompok dan bebenang dekat mata. Dia bergerak sekali masa mata kita bergerak.

Memandangkan aku boleh lihat seperti biasa, aku buat tak tahu je. Masa bulan puasa benda ini terjadi lagi sekali dekat sebelah mata yang lain. Tapi kali ini penglihatan agak terganggu kerana benda tu besar sikit. Aku biar kan sahaja sampailah akhir bulan syawal.

Ada pendarahan dalam mata

Satu hari itu, kebetulan aku ikut mak kawan baik aku pergi open house dekat kedai cermin mata. Kawan aku suruh lah aku pergi check mata disebabkan sebelum ini aku ada mengadu yang mata aku tak selesa.

Lepas check, salah seorang pekerja dekat situ bagi tahu ‘Awak, mata awak macam ada pendarahan dalam mata ni’ dan aku masa itu tergamam dah. Aku tanya ‘Dah boleh buat spek ke ni?’ lepas itu dia bagi tahu aku yang aku atk boleh buat spek, kena pergi hospital untuk berjumpa dengan doktor dulu. Kemudian, seminggu selepas itu baru aku pergi ke hospital untuk pemeriksaan.

Selepas itu, aku terus kena refers ke pakar mata HSNZ dan esoknya kedua-dua mata aku kena laser untuk kurangkan daripada timbulnya salur darah baru dalam mata. Setiap minggu kena laser. 8 kali dah laser tapi tidak ada kesan positif. Mata semakin kabur dan mata sebelah kiri dah tak nampak. Mata sebelah kanan pun semakin kabur.

Mata dah mula tarik saraf

Beberapa lagi ujian dan pemeriksaan dibuat, doktor bagi tahu sebabnya adalah daripada kesan dari kencing manis yang tidak terkawal dan sekarang dah bagi kesan kepada buah pinggang. Doktor kata buah pinggang aku dah bocor tapi masih diperingkat awal. Doktor bagi ubat untuk pulihkan semula buah pinggang.

Sekarang ini mata dah mula tarik saraf. Aku ada tanya doktor, ada tak peluang untuk kembali pulih macam dulu tapi doktor kata tak boleh tapi kita boleh berusaha lagi. Tapi itu kata doktor, selagi kita boleh ikhtiar, kita ikthiar untuk berubat. Aku tak akan give up.

Punca terjadinya benda ini adalah disebabkan diabetes. Jangan main-main dengan diabetes, dia boleh menyerang banyak tempat dalam badan kita. Lagi satu, selagi kita tak periksa kesihatan jangan mengaku yang diri kita ini sihat. Tak kira muda atu tua, jagalah pemakanan dan kesihatan.

Sumber: Cik Sidah

SKIP THIS AD ×