Seorang lelaki di Bangkok, Thailand terima padah selepas selamba menyimbah minuman keras di atas kepala seorang gadis yang sedang makan, hanya kerana pelawaannya ditolak.
Sudah ditolak, lagi dibelasah
Tular di media sosial Thailand Isnin lalu seorang lelaki dengan selambanya menyimbah minuman keras di atas kepala seorang gadis yang sedang makan bersama rakan-rakannya di sebuah gerai tepi jalan. Lelaki tersebut didakwa membuat sedemikian selepas pelawaannya untuk minum bersama ditolak wanita tersebut.
Malang tak berbau, tindakan lelaki itu membawa padah selepas dia ‘dibantai’ semula gadis tersebut yang rupa-rupanya peninju Muay Thai profesional. Menerusi rakaman yang tular itu, Pareploy Saeaia dalam keadaan basah dilihat menendang lelaki tersebut berkali-kali sambil memaki hamun.
Pareploy merupakan seorang peninju wanita dengan rekod 40 kemenangan dalam 50 pertarungan sepanjang kariernya. Lebih hebat lagi, dia juga digelar ‘Pareploy KwaThon-Soong’ yang membawa maksud ‘sepakan kanan ibarat balak’. Menurutnya, dia hanya mempertahankan haknya sebagai wanita.
Kalau perkara ini berlaku keatas wanita lain, mungkin mereka tidak akan respon. Tapi, lelaki itu pilih mangsa yang salah sebab saya seorang peninju.
Dibuang kerja
Susulan kes tersebut, Pareploy telah membuat laporan polis dan kedua-duanya menyelesaikan kes tersebut dengan meminta maaf, dan didenda 1,000 baht (RM128) setiap seorang. Lelaki itu juga telah dibuang kerja sebagai kakitangan sebuah hotel dengan alasan tindakannya telah mencemarkan reputasi tempat kerjanya.
Video penuh
https://www.facebook.com/100002143756403/videos/1380495129031140/
Sumber: Bangkok Post