berita

Simpan Darah Tali Pusat Untuk Lawan Penyakit Berbahaya, Siapa Kata Mahal?

March 12th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Korang tahu tak, tali pusat sebenarnya memainkan banyak peranan? Bukan hanya sebagai saluran sumber makanan untuk bayi dalam kandungan je tau. Selepas melahirkan bayi, tali pusat yang mengandungi beberapa jenis sel ini juga boleh disimpan di bank sel stem untuk kegunaan masa depan.

Sel Stem, bantu jana semula tisu organ yang rosak.

Menariknya, sel stem adalah sejenis sel di dalam badan kita yang berfungsi untuk menjana semula tisu dan organ apabila terdapat kerosakan ataupun kecederaan.

Terdapat 2 jenis sel stem dalam tali pusat bayi. Sel stem hematopoietik yang didapati dalam darah yang tersisa di dalam tali pusat dan yang satu lagi ialah sel stem mesenkimal yang diperoleh dari Jeli Wharton dalam isi tali pusat.

Sel stem hematopoietik ialah sejenis sel yang berpotensi menghasilkan sel darah dan sel-sel sistem imun manusia. Sel stem hematopoietik boleh mengkhusus kepada komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih, platelet dan lain lain. Sel stem hematopoietik boleh digunakan untuk merawat hampir 80 jenis penyakit seperti leukemia, talasemia dan banyak lagi.

Berbeza dengan sel stem hematopoietik, sel stem mesenkimal berupaya mengubah bentuk kepada pelbagai sel khusus dan tisu seperti tulang, jantung dan saraf. Ia berpotensi untuk merawat penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai lagi.

Jangan tak tahu, kajian klinikal telah dijalankan dengan menggunakan sel stem mesenkimal untuk pesakit Covid-19 yang kritikal dan hasilnya menunjukkan kadar penurunan masalah radang paru-paru dan peningkatan ketara dalam sistem pernafasan mereka. Kajian baru mendapati rawatan menggunakan sel stem mesenkimal selamat dan berkesan serta kadar survival yang dilaporkan ialah 91%.

Disamping itu, terdapat enam negara di dunia yang telah meluluskan terapi berasaskan sel stem mesenkimal dalam rawatan pelbagai penyakit, seperti osteoartritis dan ulser kaki diabetik. Mereka termasuk Korea, Jepun, India, New Zealand, Canada dan Agensi Ubat-ubatan Eropah.

Simpan tali pusat jom!

Kedua-dua sel stem ini memiliki cara tuaian yang berbeza dan kesemua proses ini dijalankan dengan teliti oleh pakar sebelum disimpan ke dalam tangki simpanan nitrogen cecair fasa wap pada suhu -190 darjah Celcius yang dikenali sebagai cryopreservation.

Proses penyimpanan sel stem hematopoietik dimulakan dengan pemotongan tali pusat. Kemudian, jarum kecil akan dimasukkan ke dalam saluran darah dan darah tadi akan terus mengalir ke dalam blood collection bag. Darah ini kemudiannya akan melalui proses AXP iaitu sejenis sistem automatik yang digunakan bagi memproses darah tali pusat sebelum ianya disimpan dalam Cryobag yang telah mendapat kelulusan FDA sebelum di simpan di dalam tangki simpanan nitrogen.

Untuk penyimpanan sel stem mesenkimal pula, tali pusat dipotong dan dihantar ke makmal untuk diproses. Tisu tali pusat menjalani penceraian selular untuk mengasingkan isi tali pusat. Ia kemudiannya dikembangkan kepada bilangan sel yang diperlukan dan akhirnya disimpan di dalam tangki simpanan. InshaaAllah bila korang nak gunakan nanti, pihak CryoCord akan bantu korang.

Kos simpan tali pusat tak mahal pun.

Ramai dekat luar sana anggap simpan tali pusat ni kosnya tinggi. Bukan nak bidas tanggapan korang, tapi kos yang dikenakan CryoCord bermula dari RM3,200 setahun untuk penyimpanan sel stem hematopoietik dan RM11,300 untuk penyimpanan dua sel iaitu sel stem hematopoietik & sel stem mesenkimal bagi tahun pertama. Bayaran ni korang boleh buat secara ansuran.

Tahun-tahun berikutnya korang cuma perlu bayar RM280 setahun untuk penyimpanan sel stem hematopoietik. Manakala, untuk penyimpanan sel stem mesenkimal korang perlu bayar RM420 je.

Rasanya dengan jumlah ni, memang berbaloi sangat korang bayar untuk jaminan masa hadapan. Ianya lambang harapan, andai kata ada keluarga yang tidak bernasib baik nanti.

Tambahan pula, mereka telah mendapat pengiktarafan Malaysian Stem Cell Banking Company of the Year 2019 dari Frost & Sullivan. CryoCord merupakan makmal pertama di Malaysia yang disahkan dengan status cGMP. Status ini dianugerahkan oleh NPRA (BPFK), sebuah badan dari Kementerian Kesihatan. Bukan itu sahaja, mereka diakreditasi oleh AABB sebuah badan pengawalseliaan antarabangsa. Power kan?

Ramai selebriti dah gunakan perkhidmatan CryoCord.

 

Jangan tak tahu, dah ramai selebriti yang simpan tali pusat bayi diorang dengan CryoCord antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, Awal dan Scha. Mereka yang banyak duit ni pun ambil langkah berjaga-jaga. Apatah lagi kita!

Mencegah lebih baik dari mengubati. Percayalah, langit takkan selalu cerah, adakalanya hujan melanda. Begitu juga dengan kehidupan, tak selalunya kita sihat kadang-kala sakit datang bertandang tanpa diundang.

Nak tahu tahu lebih maklumat tentang penyimpanan darah tali pusat dengan CryoCord? Korang klik link dibawah ye.

Website: CryoCord

Facebook: CryoCord

SKIP THIS AD ×