Hari ini pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat mendirikan rumah tangga selepas beberapa bulan berhubungan. Pernikahan mereka dihadiri beberapa keluarga dan kenalan terdekat.
Majlis resepsi malam ini sekali lagi menjadi perhatian netizen. Mana taknya, Fasha Sandha yang mengenakan busana dari Rizman Ruzaini kelihatan anggun bak puteri.
Simple tapi cantik
Majlis yang serba sederhana itu bertempat di Dewan Wawasan Kangar Perlis. Walaupun tidak mewah, namun perkahwinan mereka nampak meriah dan cantik dengan seri pengantin terserlah di wajah kedua mempelai ini. Fasha yang mengenakan busana berwarna merah jambu pucat bersama manik dan berlian penuh menambahkan lagi kecantikan pelakon itu.
Fasha macam anak dara
https://www.instagram.com/p/BvoFjJnh6_B/
Bersama rakan-rakan
Sumber : Fasha Sandha