berita

Sindiket Jual Darjah Kebesaran Pahang, Ini Titah Tengku Abdullah

February 7th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Seorang wanita yang berasal daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan pada 6 petang semalam dipercayai sebagai suspek utama dalam sindiket jual beli darjah kebesaran negeri pahang.

Wanita terbabit bersubahat dengan seorang lagi suspek lelaki berumur lingkungan 40-an dalam usahanya memperdayakan mangsa agar membeli gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” yang ditawarkan dengan harga RM180,000 hingga RM400,000.

“Tunggu laporan dulu sebelum komen…”

“Saya rasa saya tunggu laporan dulu sebelum komen…setakat ini saya hanya tahu menerusi media masa.

“Bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini” titah ringkas Tengku Abdullah menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama menerusi Pegawai Media baginda Abdul Rahim Othman di sini semalam.

Baginda telah bertitah demikian susulan daripada penahanan suspek utama kes penjualan darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud pada jumaat lalu.

Namun, Pemangku Raja Pahang Tengku Sultan Ahmad Shah masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan kes ini.

Credit: Mstar.com

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×