Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila polis mengesahkan telah merampas 284 kotak beg dan 72 bagasi yang mengandungi wang tunai dan pelbagai barangan berjenama lain. Penggeledahan itu dilakukan untuk membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terbaru, pelakon Johan Ashaari didakwa cuba meraih publisiti murahan dengan tweet ‘provokasi’ di Twitter. Dia mahu polis turut memeriksa rumah Tun Mahathir.
Cuba check rumah Tun – Johan
Johan menerusi laman Twitter mahu pemeriksaan turut dilakukan di rumah Tun, katanya lagi, mesti banyak juga wang yang ditemui. Namun, di ruangan komen netizen menghentam Johan mendakwa hanya mahukan publisiti murahan.
Sindrom artis tak laku
Respon Johan Ashaari
Menerusi Sinar Harian Online, Johan mengakui memang ada menulis tweet berkenaan. Menurutnya, dia hanya kesian dengan Datuk Seri Najib sekeluarga.
Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak.
Pun begitu tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.
Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta.
Johan turut memohon maaf andai tweetnya itu telah mengguris hati ramai pihak. Dia walaubagaimanapun tetap mengagumi Tun Mahathir.
Sumber : Johan Ariff Ashaari , Sinar Harian