berita

Singapura Catat Satu Kes Mutasi Strain Virus UKB117

December 24th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Singapura baru-baru ini melaporkan satu lagi kes yang disahkan iaitu strain virus UK B117 melibatkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun. Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, remaja perempuan itu merupakan seorang pelajar yang menuntut di United Kingdom. 

Artikel berkaitan: Mutasi Baru Covid-19 Cepat Merebak & Lebih Berbahaya, Banyak Negara Batal Penerbangan Dari UK

Sebelum ini, MOH melaporkan strain B117 ataupun varian virus Covid-19 baharu itu lebih berpotensi untuk menular yang kini merebak di UK. Difahamkan juga, mutasi terbaru ini lebih cepat tersebar berbanding sebelum ini. Pemimpin UK juga telah memulakan operasi penutupan tahap empat di London dan mengetatkan sekatan di seluruh England.

Sekat penerbangan dari UK sebagai langkah berjaga-jaga

Foto: Free Malaysia Today

Menurut kenyataan MOH itu, 31 kes import dari Eropah yang tiba di Singapura antara 17 November hingga 17 Disember telah disahkan mempunyai jangkitan Covid-19. Sehubungan dengan itu, 12 daripada mereka tidak dijangkiti strain B117 manakala hanya seorang didapati jangkiti strain tersebut.

Lima sampel tidak boleh dipastikan susulan kandungan virusnya yang rendah dan kami masih menunggu keputusan 11 lagi kes yang pada awalnya dikesan positif strain B117. Dua kes belum disaring setakat ini.

MOH juga berkata tiada bukti setakat ini tentang penularan strain B117 dalam komuniti. Di Singapura, semua kes telah diberikan Notis Duduk Di Rumah selama 14 hari (SHN) di kemudahan yang ditetapkan. 

Sebagai langkah berjaga-jaga pula, Singapura telah mengumumkan bahawa semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK 14 hari lepas, tidak akan dibenarkan masuk atau transit di republik itu.

Sumber: Astro Awani.

SKIP THIS AD ×