Orang Malaysia ini pantang tular sikit, mesti serbu! Itu yang berlaku terhadap sebuah stesen minyak yang terletak di Genting Highlands, Pahang yang sering dikunjungi oleh orang ramai semata-mata untuk bergambar!
‘Menyusahkan orang nak isi minyak’
Foto: Tiktok @ammarawr_
Baru-baru ini, stesen minyak tersebut menjadi tular kerana pencahayaannya yang cantik dan berkabus pada waktu malam, menyebabkan ramai yang berkunjung ke stesen itu hanya untuk bergambar atau merakam video untuk dijadikan kandungan di media sosial. Sejak tular, hampir setiap hari kawasan itu dipenuhi orang ramai.
Namun, menerusi satu perkongsian milik pengguna AmmaRawr di laman Tiktok, lokasi tersebut kini terlalu sesak sehingga unit peronda polis terpaksa meminta orang ramai untuk bersurai daripada memenuhi kawasan itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa pihak polis dihubungi setelah kehadiran ramai pengunjung sehingga mengganggu para pelanggan yang sememangnya ingin mengisi minyak di stesen tersebut. Ramai juga yang bersetuju dengan tindakan tersebut dan beranggapan bahawa tempat larangan menggunakan telefon bimbit seperti di stesen minyak tidak sepatutnya dijadikan ‘port’ bergambar.
Sumber: Tiktok